28 April 2012

BeRUBAh KE arAH KEBaiKAN


memang susah kalau kita rasa ianya susah... nak pulak berubah ke arah yang lebih baik dan positif! lagilah susah... tapi kalau keinginan untuk berubah tu kuat dan disertai dengan tekad dan azam, pasti boleh kan? tak susah mana pun sebenarnya...
cuba kadang-kadang kita ni bila berubah selalu hangat-hangat taik ayam... sekejap je berubah nya, pastu kembali semula ke tabiat asal! sebab apa? sebab apa yang kita amalkan tu dah jadi tabiat,dah sebati dengan diri kita... jadi bila nak ubah tabiat tu memanglah susah! 

pastu niat kita nak berubah tu tak betul... berubah sebab nak menunjuk-nunjuk pada orang sekeliling... ya! aku boleh berubah, lihatlah dunia! bila niat tu tak betul maka perubahan tu memang tak kekal lama... sebab kita bukannya benar-benar mahu berubah untuk perbetulkan kesilapan diri tapi sebab nak tunjuk pada orang yang kita boleh berubah... niat tak betul jadi matlamat pun terpesonglah!

satu lagi, jangan berubah disebabkan pengaruh orang lain... memang susah sebab ia bukan ikhlas dari hati kita sendiri! sebagai contoh nak berubah dari tak bertudung kepada bertudung tapi sebab boyfriend yang suruh...  hanya akan bertudung bila jumpa boyfriend sebab dia suka tengok kita bertudung... bila keluar dengan family atau kawan-kawan kita tak bertudung! jadi perubahan macam ni memang tak akan kekal... putus dengan boyfriend nanti terus tak bertudung langsung!

 tekad, niat, azam dan semangat perlu untuk kita berubah ke arah kebaikan... dapatkan orang sekeliling seperti keluarga atau sahabat yang boleh memberi dorongan yang positif untuk kita berubah! susah ke payah ke itu tolak tepi, janji niat kita nak berubah kerana Allah!

1 comment:

  1. Saya byk muhasabh diri

    www.iamfinancestudent.blogspot.com

    ReplyDelete