31 July 2012

To LOVE IS NOTING to be love Is SometHing

sukar nya pabila mencintai orng yg belom tntu mnjadi milik kita..sentiasa berharap dan terus berharap tanpa ada respon yg diharapkan hnya tingal pengharapan yg akhirnya membawa kepda kekecewaan..diri ini sentiasa menunggu jawapan drinya..mengharapkan sesuatu yg akan berlaku tanpa diduga...andai ia sudah tertulis jodohku  bukan dgn dirinya kau jauhkan lah ia sebelum hti ini menaruh harpan yg terllu tnggi.....biarlah ia pergi tanpa sebarang kata...aku hnya manusia biasa yang hanya mampu memohon kepdamu "Ya'allah...aku...redha dengan segala ketentuanmu...aku..terima segala kekurangannya terhadap ku...hanya stu yang ku pinta...ikhlas kan lah hati ini untuk menerima dia yg belum aku kenali"....


24 July 2012

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥

                                       
assalmmualaikm..hai..smua harini sha nk share satu entry pasal "PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANYA''nk thu lbh lnjut jm bace kt bwh ni..


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

dipetik dari: FB Islam itu Indah

19 July 2012

Terima dGn seADanYA

Andai tuhan dah temukan aku dan dia...aku terima dengan hati yang terbuka...andai dia bukan miliku akan aku angap ia sebagai kawan untuk mngisi hari2 yg akan aku lalui ...siapa pun dia..dri mna dia datang...bukan persoalannya...tapi hati ..yang mnjdi tanda tnya..adakah dia seorang yg boleh m'bimbing ku?? adkah dia boleh mnjagaku sehingga akhir nafasku ??adkah dia seorng yg penyayang??simpatikah dia ketika aku melahirkan zuriatnya nanti??smua persoalan tidak dapt dirungkai dengan kata2 tnpa melakukannya...walau apa pun yang dikurniakan kepadaku aku tetap bersyukur padamu Yallah....

AlHamDullH GenAp dua TaHun berhijab ^^

Hye u'alls bt ape...tuuu...hope smua dlm keadaan sht..ek..ermm dh  bpe hri x up dte blog..rindu sgt2..huhu....harini 19/7/2012 n besok 20/7/2012 merupakan  trikh yg yg plng bermkna bt sha...nak thu knpe???? rhsia..hehe..just joke je...20/7/2012 ialah stu trikh dimna genaplah dua thun sha berhijab....alhmdulilah sha smkn selesa bertudung...dulu masa mula2 mmg sush nk ssuaikn diri...ade saje yg x kena...tp bila dh lama2..rasa suka pulk...selesa nk kluar...x pyah nk pening kepla fikir nk buat fesyen rmbut tocng sana tocang sini...haha..bila dh bertundg ni lbh bnyk dugaannya....ingtkn time x bertudung je orng mngta rupnya bila dh bertudng pon ade lg mulut tmpyan yg suka pot pet pot pet..adoii dunia2..sabo je lah..hehe xpe sha x kisah..lntak korng la..nk ckp ape pon..yg pentng sha berubh untuk kbaikan diri sha..je..bukan saje suka2...

Untuk pengetahuan kaum Lelaki..Smua wanita kt dlm dunia ni..x boleh dipksa untuk bertudng...bila dh smpai masanya diorng smua akn berubah...mcm sha jugk..masa 1st nk bertdg dulu pon..tergak2...tkut rmbut rosak la..pnas la..mcm2 yg sha fikir..tp bila sha tgk orng pkai tudung npk cntik....dn disitu la mulanya terdetik dihati untuk mncuba...almklumlah sha ni mmg jenis yg suka mncuba bnda2 bru.... :) so x slah klu kita nk cb untuk kebaikn diri sndri.....jgn cba bnda lain sudh !!! :)

Hari demi hari waktu demi waktu..smpai la ke detik ini sha still lg bertudng...alhmdullh..sha bersyukur sgt2...

RamaDhan Yang DirinDui Tiba lagi :)

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua...

17 July 2012

10 petanda Dia JodoH KITa

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com



10 July 2012

I need U....


Kalau 1 hari awak nak menangis, bagitau saya.
Saya tak janji nak buat awak tersenyum
tapi saya boleh menangis bersama awak


kalau 1 hari awak ada mslh, bgtau saya.
Saya tak janji nak bagi awak penyelesaiannya
tapi awak boleh berkongsi dengan saya


kalau 1 hari awak mahu berjalan pergi, bagitau saya.
Saya tak janji untuk halang awak pergi
tapi saya boleh berjalan bersama awak


Kalau 1 hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak, bagitau saya.
Saya janji akan ada untuk awak.


Tapi~ kalau 1 hari awak perlukan saya & saya tiada~
mungkin kerana saya yang lebih memerlukan awak..

msuk hri ketiga demm sill x berubah...

huwaa..dh masuk hri ketiga demm still x berbh jgk..msih sama...mulut trsa phit sngt2.....urmm..skit tkak dh berkurng...sesema pulk.dtg..rimas + 10sion...ahhhhh!! bnci btol...semua pnyakit dh dtng...dlm stu package pulk tu..fuhh~~ sabo jelah...bila mlm je..mula la...bdn trsa lemh...skit bdan la...sejuk la...huwaaaaaa!! rasa mcm nk jerit je.. T_T demm oo demm pg la jauh2..sha x lart lorh...btul kta orng klu orng yg ssh nk demm ni..bila demm skli..mmg truk la..skli kena trus x lart nk bgun..nk bt apa smua x kena...nk2 pulk waktu sesema mnyerang...ahh lgi la..asyk na mrh je..rimas pnya psal...bau smua bnda busuk...hidung pulk rasa pedih smcm je...hingus plk x reti dok diam..asyk nk kluar je..mypah btol....aaagghhhhhhhh !!!! 10sionnn!! T_T

9 July 2012

demm mkin teruk :(

hye !! ape yg korng tgh bt tu??msti tgh bersrnok kan..urmm jelesnya..sha x boley kluar jalan2..mmndgkan keshtn x mngizinkan..adoiii bnci !!! boring lorh...24hours asyik tido je..bdan dh naik lemah..demm ni enth bila nk lega pon x tahu...tekak pulk mkn teruk sakitnya....nk telan air pun ssh..rasa mcm ade pisau je kt dlm tekak ni..sakit yg amat sangt!!  sesema pulk nk mnyerang cz hdung rasa smcm je..ahhhh!! sudah ! smua pnyakit dtng dlm stu msa cmplete set! urmmm grmnya...mood pulk spoil nk mkn x boley...tgk laut sdp bila mkn rasa pahit...huwaaaa..10sionya....hope cpt la smbuh..nak kluar jlan2..tanak dok je dlm bilik ni.....boring hukhuk.. :(

demam melnda lagi :(

hai...korng tgh bt ape..sht ke??hope korng smua sht2 la ek..cz..sekrang ni cuaca x mnentu kejap hujan kejap panas...sha dah dua hri demam + sakit tekak + pening + hilng selera mkn..suhu bdan pulk mkin tgi... :(  bila  demm je trngt sidia..dulu sblom kitorng putos..sidia la yg bnyak bg smgt..sntiasa cl tnya dh mkn ubt ke blom?? dh mkn ke??nak apa2 x?? siap pesan mcm2 lgi..sntiasa ambk bert smpai la sha smbuh....tapi..skrng smua tu dh xde...lg..skrng ni hnya mbr  n mak je lah yg sllu cal tnya khbar.."bak kte orng skit di hti ni lbh skit berbndng skit tekak" T_T  rasa nk ngis pon ade...urmm rdha je la dgn apa yg terjdi....sha perlukan seseorng yg boley take cre sha..sha nk mcm dulu..sha rndu waktu2 dulu...hukhukhuk !_! biarlah orng nk ckp sha ni jens yg mnja ke...ape ke..ade sha kesah..dh mmg skp sha mcm ni...so pedulilah korng nk ckp ape pon....hope suatu hari nti akan ade pnganti yg lebh baik lebh baik berbnding sidia... T_T


7 July 2012

Serangkap Doa..


Bintang menghiasi langit gelap…
Cantik sejenak langit itu dalam pandangan…
Kerdip kecilnya memandu mata dan hati ini…
Hanya satu bintang yang akan ku jemput…
Tahukah bintang apa itu??
bintang yang baru ku kenal…
bintang yg paling terang….
Hingga sinarnya sanggup menghangatkan jiwa….
Sayang…..mahukah kau menjadi bintang itu?
Lama jiwa ini layu beku dan sendiri…
Lama hati ini terkurung dalam kesedihan..
Lama cinta itu pergi jauh dari kalbu…
Dahulu……aku takut tak dapat cinta…..
Dahulu aku takut tak dapat kasih…..
Dan sekarang……aku takut cinta yg ada lepas dari genggaman….
Dan sekarang aku takut kasih ini lepas dari hati..
Dan sekarang……aku takut segalanya menjadi seperti masa lalu
Dan sekarang….aku takut untuk melihat pada kehidupan yang lalu…
Dan sekarang…..aku cinta padamu…..
Ya Allah…..satu kebahagiaan telah kudapatkan…
Ya Allah…satu cinta telah tumbuh di hati hamba…
Ya Allah…..satu hati telah ku temukan…
Ya Allah…telah kutambatkan jiwa ini pada pelabuhannya..
Jangan….jangan ya Allah…jangan Kau ragut kembali…
Jangan Kau ambil lagi kebahagiaan yg tersisa….
Bukan ya Allah…..bukan maksud hamba menduakanMU dengan cinta pada sesama….
Bukan maksud hamba untuk berpaling dari sejatinya cintaMU
Tapi hamba hanya manusia biasa….hamba punya hati……hamba punya jiwa……
Hamba punya rasa….hamba punya ketakutan….
Ya Allah…..hamba takut cinta ini jadi ingkarku padaMU
Ya Rabb…hamba takut sayang ini jadi duri dalam mengingatMU…
Ya Rahman…hamba takut kasih ini jadi onak dalam menujuMU…..
Tapi hamba tetap hanya manusia biasa ya Rabb….
Jika ini adalah kurniaMU….hamba mohon ya Rahim…
jadikan hamba ini orang yg bersyukur…
Jika ini adalah murkaMU…..hamba mohon ampunMU ya Ghaffar…..
Izinkan hamba bersandingkan dia dalam hidup hamba yg singkat…..
Izinkan hamba membawa dia kehadapanMU sebagai pelengkap sempurnanya fitrah hamba…
Izinkan hamba untuk memberi ketaatan akan titahMU padanya…
Izinkan hamba membimbingnya menuju jalan suciMU…
Ya Rahman…ya Rahim..
Engkau Maha Tahu apa yg terbaik buat kami..
Jika ini yg terbaik dariMU untuk kami……Lapangkan jalanku utk menjemputnya….
Luaskan hati ini untuk sabar dalam ikhtiarku….
Kuatkan kesabaranku untuk ku menangi ujian ini…
Ya Allah yg maha lembut…lembutkan hatiku untuknya…..
Ya Allah yg maha indah…..perindahlah lisanku untuknya….
Tak banyak yg hamba minta ya Aziz…..
Bukakan dan tiupkan wangi syurgaMU untuk ku hirup di sini..di dunia……bersamanya….
Kerana Kau maha tahu…..aku mencintainya keranaMU..
Serangkap doa
Serangkap doa ku panjatkan di hari yg cerah….semoga hari ini secerah hatiku ya Allah
Amin ya Allah…ya Rabbal Alamin……

Cinta Bertepuk Sebelah Tangan


Cinta Bertepuk sebelah tangan juga difahami sebagai cinta sebelah pihak atau cinta yang tidak berbalas. Adalah lumrah dalam kehidupan, tidak semua perkara yang kita mahu akan menjadi milik kita. Begitu juga halnya dengan cinta. Tidak semestinya orang yang kita cinta akan mencintai kita kembali. Mengalami cinta yang bertepuk sebelah tangan sememangnya amat pedih. Silap haribulan, sakit jiwa dibuatnya.
Ada beberapa kategori cinta yang seringkali berakhir dengan bertepuk sebelah tangan.

Pencinta Rahsia

“Saya suka awak, tapi awak tak pernah tahu yang saya suka sangat-sangat kat awak” 

Kasih sayang si pencinta rahsia terhadap insan yang dicintai tidak terluah menyebabkan golongan ini sering makan hati dan tidak kurang juga berendam air mata. Mungkin kerana memikirkan si dia yang tidak akan menjadi miliknya. Mungkin kerana sayu memikirkan dirinya yang tidak diendahkan. Namun begitu, acapkali kesengsaraan hati yang dirasa oleh golongan ini adalah kerana memikirkan persoalan sama ada si dia yang dicintainya secara rahsia turut menaruh hati kepadanya. Soalan misteri yang sukar dicari jawapannya selagi bergelar pencinta rahsia.


Cinta Ditolak

“Saya hargai kasih sayang awk terhadap saya, tapi maaf, saya tak boleh terima awak”

Bagaikan halilintar membelah bumi, ayat seumpama inilah yang tidak mahu didengar oleh setiap insan yang meluahkan perasaan cintanya kepada si dia yang menjadi pujaan hati. Namun begitu, jika diambil dari sudut positif, sekurang-kurangnya anda dah tahu jawapannya dan bolehlah meneruskan langkah kehidupan. Cinta ditolak bukannya bermakna hidup turut berakhir.


Cinta Pada Yang Sudah Berpunya

“Ingin kupetik kau menjadi suri hidupku, apakan daya dirimu sudah disunting kumbang yang lain”

Baru saja hendak mengenali si dia yang menjadi pujaan hati dengan lebih dekat, barulah anda tahu rupa-rupanya si dia sudah menjadi milik orang. Tentu kecewa dibuatnya. Walau bagaimanapun seeloknya lupakan saja cinta anda kerana sudah tentu anda tidak mahu menjadi perosak dalam sebuah rumahtangga. Pada permulaannya mungkin sukar, tetapi anda perlu kuat dan luaskan pemandangan anda. Bak kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.


Cinta Pada Yang Tiada

“Aku sangka akulah yang paling menyayangi di dunia ini, namun Tuhan lebih sayang padamu”

Sedalam mana pun cinta kita sesama manusia, bila ajal jadi pemisah, tiada apa yang mampu kita lakukan. Mencintai si dia yang sudah pergi bertemu Ilahi sememangnya sakit. Setiap masa kita mencinta, merindu dan mendambakan hadirnya, tapi itu semua tidak mungkin akan terjadi di alam realiti. Kepada anda yang mencintai si dia yang sudah tiada, bangkitlah. Si dia yang anda nanti tidak mungkin akan kembali. Jika benar anda cinta padanya, hadiahkanlah doa dan lagukan kalimah ayat-ayat suci kepadanya. Namun begitu, ini tidak bermakna anda tidak boleh meneruskan kehidupan dan mencari kebahagiaan anda di dunia.


Kesimpulan
Walau dalam kategori apa sekalipun cinta tidak berbalas yang anda lalui, ingatlah bahawa sesungguhnya cinta kepada Tuhan adalah cinta yang paling agung dan sentiasa akan mendapat balasan dan kasih sayang dari-Nya. Kami dari Ayat-Ayat Cinta mendoakan agar warga pembaca yang cintanya bertepuk sebelah tangan mendapat kekuatan hati untuk meneruskan perjalanan. Masa depan adalah misteri, cinta sebenar untuk anda mungkin sedang menanti di hadapan. :)

Doa Saya buat Awak...


Tuhan, kutitipkan doa tulus dari lubuk hatiku ini buat dia yang kusayang….
Tuhan,,limpahkan selalu dalam hatinya untuk merindui dan mencintaimu sebagaimana aku yang dirinduinya..
Tuntunlah selalu dia ke jalan yang benar dan diredhaiMu sebagaimana aku yang selalu dilindinginya..
Siramilah dia selalu dengan cahaya kasihMu sebagaimana dia selalu melimpahkan sayangnya buatku…
Tuhan,,jangan kau biarkan setitis pun airmata jatuh ke pipinya yang manis itu kerana sebahagian
semangatku ada dalam dirinya….

RahSIa WanITa

Seringkali kita dengar istilah ‘perigi mencari timba’, ‘secret admirer’ dan sewaktu dengannya.. Tapi di zaman skang relevan lagi ker istilah-istilah macam nih? Sebabnyer orang kita sekarang lebih ‘open minded’ dalam mengorak langkah untuk berkenalan dengan si dia yang diminati. Tapi, mungkin masih ada lagi lelaki lebih lagi wanita di luar sana yang masih lagi dengan sifat ketimurannya iaitu malu untuk memulakan sesuatu hubungan. Sesetengah wanita lebih cenderung untuk merahsiakan perasaan pada orang yang diminatinya.

KenApA WaniTa SUka BUnGA


Bunga merupakan satu simbolik khas untuk wanita sejak zaman dahulu lagi.. Dan telah menjadi satu perbandingan antara bunga dan wanita.. Persoalan yang ingin dijawab ialah, mengapa perempuan sukakan bunga?

Ramai lelaki selalu pertikaikan kenapa harus berikan bunga pada perempuan atau wanita ? “Bunga bukan tahan, 3,4 hari dah layu, membazir je”..
Perempuan akan jawab, “kalau belanja makan je, membazir jugak… last-last …..masuk BSN(Bank Simpanan Nasional)” – Lawak semata-mata hehe

Sebenarnya perempuan suka menerima bunga kerana .
Dari Survey/Soal Balas AyatAyatCinta.net
1. Satu perilaku romantik (A Romantic Gesture)
2. Sebagai simbol anda sukakannya
3. Rasa disayangi dan dicintai
4. Rasa dihargai


Ramai yang sebenarnya setuju kerana ia sebagai perilaku romantik(A Romantic Gesture) bermaksud ia menunjukkan anda merupakan lelaki yang perihatin dan mempunyai ciri dan sifat yang romantik..
Dan pada dasarnya itulah antara sebab mengapa wanita suka menerima bunga....termasuk la sha..yg suka sgt2 dgn bunga ros..huhu

” Senyum seindah suria, yang membawa cahaya ”


” Senyum seindah suria, yang membawa cahaya ” Ungkapan yang sangat istimewa menggambarkan betapa cantik dan indahnya senyuman itu.. Keikhlasan senyuman itu lahir dari hati yang bersih dan suci.. Manisnya senyuman kerana sifat itu biasa diamalkan membawa satu ribu satu kebaikan buat mereka yang sentiasa senyum..

Senyuman itu menawan, pada para wanita khususnya isteri-isteri, berilah senyuman pada suami anda dengan senyuman itu lebih bahagia kamu berdua.. Senyumlah dikala dia ingin pergi lakukan tugas, senyumlah dikala sambutnya pulang dari tugasan, dan perolehlah kamu pahala sedekah, kerana senyum itu satu sedekah..

Senyumlah ketika bertemu rakan-rakan anda dan mereka pasti terpegun dan kagum tertanya “kenapa anda selalu tersenyum ?” Dengan senyuman anda itu membuatkan mereka tersenyum dan terus berjangkit..
Senyuman itu tenang, dikala keresahan tabah hadapi ia dengan senyuman, supaya kelihatan kental menangani masalah, supaya dapat lahir rasa tenang dan hilang rasa gugup.. Senyumlah dengan kekuatan yang ada…

Senyumanlah disamping pelanggan-pelangganmu terasa senang berurusan dengan anda, ditatapi wajah yang penuh gembira walaupun menghadapi hari sukar, insya allah, senyuman anda buat pelanggan anda akan sentiasa buat mereka teringat pada anda, mungkin bukan hari esok atau lusa, mungkin masa-masa yang akan datang, kerana hadirnya senyuman dirimu.

Senyuman itu manis, dan lebih manis dari madu yang boleh menjadi pengubat pada hati yang duka dan lara…
Tak rugi jika senyum, senyumlah dengan ikhlas supaya anda dapat merasa ketenangan darinya.. Renung-renungkanlah seketika.. :)

3 July 2012

JangAn HinA oRNG SesUkA HaTI


:: setiap manusia melakukan kesilapan ::

:: kesilapan jugak membuat fikiran manusia menjadi lebih matang ::

biLa CinTa AdaLah nafaS


CINta mu BagAiKan raCun


TERciPtA~~~~~


SenyuM


Andai Cinta


KamU Itu SEbenArnYa IstimewA


TakDir Allah


TanGiSAn SemlAm


risK


teRima kaSiH Ya AllAh


sOmetime


Kadang-kadang, kita perlu tinggalkan saja orang yang degil, setelah berulangkali kita nasihati. Tinggalkan, bukan bermakna benci, atau berputus asa dari mengharapkan dia berubah. 

Tetapi itu juga suatu kaedah mengajar dia mengenal hidup. Kedegilan akan berakhir dengan suatu pengajaran yang dia akan dapat sendiri, suatu masa nanti.

Apa yang penting, jangan tinggalkan doa untuk dirinya. Mudah-mudahan Allah membantu dia untuk berubah

FriendShip



FRIENDSHIP is not history to FORGET..
no MATH to CALCULATE..
not LANGGUAGE to LEARN.. 
Its only SCIENCE that REACTS between HEART..
The is NO END for our FRIENSHIP

2 July 2012

Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Dua JiWa SaTu HaTi


Dua Jiwa Satu Hati

Sukarnya kunyatakanperasaanku padamu
yang semakin menebal
bersemi di kalbuku
sungguhpun demikian
terpaksa ku terima
hakikat yang sebenar
diri ini sebenarnya dicintai
beratnya hati ini
untuk melepaskanmu
sudah pasti kau juga
dan andai ku pilihmu
jadi kekasihku
bagaimana dengan dia
yang terdahulu menyintaiku
sungguhku serba salah tak menentu
mengapa semua ini yg terjadi
pastiku menyendiri dari meluka keduanya
tak mungkin kan terjadi
dua jiwa satu hati

Cinta Terindah Buat Yang Mencari Cinta & Mencintai Allah


Fitrah manusia perlukan pasangan dalam hidup. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Dalam diam-diam bertanya di dalam hati, “Manakah jodoh yang dijanjikan Allah kepada saya. Kenapa tidak datang-datang juga?” Begitulah perasaan seseorang yang menanti jodohnya datang, namun yang dinanti tidak kunjung tiba.

Tatkala cinta hadir menyapa, dunia yang sunyi menjadi ceria. Jiwa yang kosong bertukar gembira. Getaran rasa membuak bahagia. Semua yang dilihat indah belaka. Sebaliknya bagi bagi yang belum terlanjur bercinta, usah gundah gulana. Hiduplah sebagai orang yang bijak, baik dan sabar. Tidak perlu menikmati cinta sebelum waktunya kerana yakinlah, Allah sudah menyiapkan calon belahan jiwa yang terbaik buat kita.

Namun, kala harus memilih, manakah satu menjadi pilihan antara setiap saat yang mengundang dosa atau setiap hari membuah pahala? Tika itu, bangunlah bermunajat, memohon petunjuk usai Istikharah dan Hajat. Moga cinta yang didamba terarah menuju redha-Nya. Jika sudah memiliki cinta kerana Allah, banyakkan syukur dan mohonlah moga istiqamah. Jika belum menggapainya, berusahalah memperbaiki iman dan menuruti jalan sesuai dengan syariat-Nya.

Salurkan cinta teragung hanya kepada Allah, pasti cinta kita akan dibalas. Jika tidak di dunia, di akhirat sudah pasti. Titipkanlah sejuta cinta buat ayahanda dan bonda, moga restu mereka milik kita kerana di situ letaknya syurga untuk kita.

Naskhah indah di tangan anda ini istimewa buat kalian yang mencari cinta sejati. Miliki ia sebagai koleksi peribadi buat bekalan muhasabah diri atau jadikan ia cenderahati buat mempelai yang bakal membina mahligai. Semoga yang memberi beroleh pahala, yang menerima meraih bahagia.

Mengapa Wanita Suka Dipeluk Dan Lelaki Tidak Suka Memeluk?

Lelaki tidak faham mengapa wanita sangat suka dipeluk. Bagi lelaki, pelukan hanyalah perbuatan fizikal, padahal bagi wanita, pelukan menyimpan erti lebih dalam.
Pelukan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa dan boleh dilakukan secara spontan. Bagi Anda yang asing dan tak biasa dipeluk maupun memeluk, mungkin Anda perlukan sedikit tips.
Belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan Anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan jaga selalu kontak mata dengannya.
Mengapa wanita suka dipeluk
Aktiviti memeluk melepaskan hormon oksitosin. Oksitosin bertanggungjawab memancing apa yang disebut para ilmuwan dengan ‘sepasang ikatan’. Maksudnya, pelukan membuat pasangan merasa lebih dekat dan intim.
Dalam urusan cinta, pelukan mampu menciptakan ikatan di antara lelaki dan wanita. Lebih dari itu, bagi wanita, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.
Pelukan memberi bermakna dalam jika dilakukan dengan tulus. Jadi, alasan wanita menyukai pelukan adalah kerana pelukkan ini memberikan maksud yang mendalam.
Mengapa Anda harus memeluk 


Jika ia boleh membuatkan diri rileks secara fizikan dan emosional, Anda mungkin benar-benar boleh menikmati beberapa keuntungan pelukan.Sebuah penelitian yang dilakukan di Chicago menyatakan, pasangan yang secara teratur dan spontan saling memberi kasih sayang non-seksual, seperti pelukan, akan merasa lebih puas dengan hubungan mereka.Oksitosin dilepaskan dari otak Anda yang nantinya memunculkan perasaan bahagia dan tidak stres. Nah, perasaan inilah yang akan memberi manfaat positif terhadap hubungan.
Bagi pasangan suami isteri cubalah teknik ini.Ustaz-ustaz juga ada mengatakan bahawa suami yang suka memeluk isteri,umurnya mereka akan lebih panjang.Insya-Allah

1 July 2012

BiaRkAn hati Yg SaTu Itu RetAk


Dalam Hati


MemORI KaSiH


AiR maTaKU.. T_T


TuhaN TolOng LemBUtKan HatI dia..

tuhan tolong lembutkan hati dia
untuk terima ku seadanya
kerna ku tak mampu
hidup tanpa dia disisi ku..
tuhan aku tahu banyak dosa ku 
hanya ingat kamu kalau duka ku
namun hanya kamu yang mampu membuka
pintu hatinya untuk cintaku

malam kau bawalah rinduku
untuk dirinya yang jauh dari ku 
agar dia tidak kesepian
selalu rasa ada cinta agung
hujan bawa air mata ku
yang mengalir membasuh luka ku
agar dia tahu ke terseksa 
tanpa cinta dia di hatiku

HANYA MAMPU BESERAH
MOGA CAHAYA TIBA NANTI

suka lirik lagu ombak rindu...bila nynyi sayu je hati...huhu..part yg plng best "tuhan tolong lembutkan hati dia'' lalalalala...entah hati siapa la agknye ek....sha nk lmbut kan...hahaha....mood sngal skit mlm ni..adoiii...bila sedih + happy+ mood gila2 sikit huhu mula naik biol pale nih..... mood pon asyk ting tong ja...haha...ermm  ok lah nk buat luahan hati sikit huhu..apa yg mpu sha buat skrng ni hnyalah berdoa je..sha hrp sngt2 apa yg sha rasa n apa yg hati sha trut skli rasa..akn mnjadi impian yg nyata...tp klau x diizinkanya sha redha...nk buat cne kan dh dia bkn jodh sha...so x leh nak pkse2...hati orng x siapa yang tahu...klau dipaksa nti lain pulk jadinya so lbh baik diam kan aje...just follow je apa yg dia buat....x perlu nak kongkong dia..xperlu nak suruh dia call...macm orng x jmpa sethun..hehe mybe itu yg akn mmbuat hti lg bertmbah syg..perhh ayt sentap pulk mlm ni..hahahaha...apa pon x boley.....emmmmmmm >,<

JaUhKu BErlaRI


JelIta


kEtiKa


If TWo hEaRtS