28 April 2012

PEnGhArgAAN ku.........buAt MU


Dalam hidup kita,manusia datang dan pergi.meninggalkan bekasnya masing-masing.ada yang memberi kenangan manis yang buat kita tersenyum.ada yang mampu membuat kita senyum hanya dengan mengingatinya.ada yang buat kita merasa rindu setiap kali namanya disebut.ada yang mampu membuat hati membaca doa rabitah setiap kali terbayangkan dia.dan ada yang hanya bila namanya disebut,hati terasa menangis kerana lukanya terlalu dalam.keampunan yang kita minta dan rayu,kesamaran yang cuba kita jeaskan tak pernah diberi jawapan pasti membuat kita bimbang pada dunia kita,akhirat kita.
sedar tak sedar,walau apapun kesan yang mereka tinggalkan dalam hidup kita,mereka hanyalah watak sampingan dalam hidup yang singkat ini.akhirnya,kita juga yang terpaksa mengemudi hidup kita sendiri kerana bukan kaki yang tak mampu berdiri tapi hati yang entah ke mana pergi.menangis memang menangis kerana tahu kudrat diri.tipulah kalau tak pernah mempersoalkan mengapa itu dan ini.
namun hati yang kecil ini,jiwa yang rapuh ini,dengan iman yang tak sekuat mana cuba diyakinkan,DIA LEBIH TAHU.dan dia tahu saya mampu.lantas dalam deraian air mata,kaki digagahkan melangkah.hati dikuatkan agar redha akan takdirNya.disematkan yakin bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya.hikmah yang perlu saya cari.
dan alhamdulillah..dalam perjalanan panjang.dalam diri terasa terlalu lemah,kala diri terasa tak mampu melangkah,dalam diri merasa mahu menyerah..Allah hadirkan insan-insan yang istimewa dalam hati saya.insan yang setiap saat saya mahu ucapkan penghargaan yang tak terhingga.insan yang memandang saya penuh kasih.memberi nasihat tak letih.menangis bersama menanggung pedih.insan yang matanya berkaca mendengar kisah saya.insan yang cukup memahami.insan yang tak mampu saya balas jasa baiknya.
dan hati saya tak pernah letih berkata,saya hargai mereka.saya sayang mereka.terima kasih.terima kasih.Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.doa saya Allah kuatkan kita semua.Allah teguhkan kita dalam mencari redhaNya.
dan yang saya pinta,hanyalah doa semua kerana akhirnya kekuatan itu dari Dia.Allah itu maha adil.dan saya yakin saya akan lebih kuat selepas hari ini.insyaAllah.
akhirnya,inni ubikunna fillah.
kuatkanlah ikatannya.
kekalkanlah cintaNya
Tunjukki jalan-jalanNya.

No comments:

Post a Comment