24 November 2012

HaTi YaNg merindu

Wahai hati yang sedang merindui.....

Kadang kala apa yang kita ingin kan
tak sama dengan apa yang kita harapkan,
Adakalanya apa yang kita harapkan,
tak akan sama dengan apa yang kita impikan...


Ini kerana impian hanyalah suatu ilusi,
harapan hanyalah kemahuan yang cuba kita kecapi,

sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti.


Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan,
bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup,
memberi kita kekuatan dan makna dalam sesebuah perhubungan...
Wahai Hatiku ,
bermohonlah engkau kepada yang satu....
Ya Allah,
jika dia benar untukku

dekatkanlah hatinya dengan hatiku
dan Jika dia bukan miliku
Damaikanlah hatiku dengan Ketentuan-Mu...

I miss u ;'((

ya'Allah tetiba hati rasa rindu yang teramat sangat....rindu pada yang belum tentu mencintai diri ini...rasa perit yang  termat sangat..Ya'Allah kau kuat kan lah hatiku untuk menempuh segala dugaan mu Ya'Allah..aku redha andai dia bukan tercipta untuk ku..asal kn aku tahu dia sudah memiliki insan lain dihatinya.. ;'((

3 November 2012

AnDaI LelaKi TaHu....



Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

::LOve AgaiN :::

Tentang cinta!! sana sini sibuk mengejar cinta..hari2 ada saja ungkapan cinta yang diungkapkan..pelbagai madah di tulis setiap hari..dn pelbgai ragam manusia yang boleh kita lihat, kalau cinta mula berputik ahaK! hmm kadang2 cinta itu manis macm mdu & kadang2 cinta itu amat menyakitkan..ibart sbilah pisau yang tajam menikam diri sendri..permluaan cinta memang manis belaka..bila dah lama mula la bosan...untung la orang yang bercinta dn kekal smpai ke jinjang pelamin..sapa yang x cemburu kan kalau tengok member2 kita kekal n bahgia..tp kita??hanya menggu dan terus menunggu..pergghh!! sakit siott! menanti cinta yang belom tentu jdi milik kita..hanya menanti jawapan yang x pasti..sering kali tertanya2 adakah dia milik kita?? ataupun dia hanya sekadar teman untuk berhibur??? huh!! satu keluhan je yang mampu diluahkan....apa yang mampu hanya terus berdoa kepadanya...redha dengan apa yang akan terjdi suatu hari nanti..andai dia bukan untuk kita..terima lah dengan hati yang terbuka..walaupun berat nak melepaskan ia pergi....selagi mampu menahan sakit dihati..lebih baik biarkan apa yang terjadi sebagai kehendak yang maha Esa..kita tak mampu merubah apa2 kecuali dengan izinya...