13 October 2012

My DrEaMS>>>

Impian sha hanya satu..sha teringin sangat2 nak beli or nak bina rumah yang besar dan dipenuhi dengan kucing2..sha nak ambik smua kucing yang tak ade tempat tinggal kemudian sha nak letak dalam satu rumah..sha nk jaga kucing2 tu sendiri sha tanak semua kucing2 tu hidup terbiar ditepi jalan slah satu sebb sha nk buat mcm tu ialah  supaya kucing2 ni semua terjga...ada tempat perlindungan sama macm kita..walaupun sicomel ni tak boley bercakap...mereka jugak mahkluk ciptaan tuhan yang sama mcm kita cuma mereka tak dikurniakan akal dan fikiran mcm kita itu je bezanya..dan lagi satu sicomel lebih selamat daripada sepakan orang yang benci bila tengok kucing..haishhh!!sha pon hairan apa yang diorng bnci sgt dekat kucing ek..kucing tu cuma mnta sedikit je makann dri kita lgipon dia tak mnta kita hidgkan dia dalm bekas yg cntik2..or dlm bekas kca...dia cuma nk sedikit mkanan untuk alas perutnya yang kosong ja..itu pun kena sepak terajang...kdang2 menitis air mata bila sha tengok manusia yang tak berhati perut ni buat sicomel mcm tu betapa kejamnya diorng ni ..kadang2 rasa mcam nak lempang je muka tu..harap je cntik tp xde otak!! ..konnnya jijik la..almklumlah pkwe kat sebelah nk tnjuk manja la konnnya...arhhH!! boley blahh la..huh! pnas pulk hati ni bila trngat kisah  time sha tgh mkn dekat kedai mamak haritu...naik meluat sha..dh la gedik semacm je...hohoh cool sha cool.hehehe...terover  la pulak..hihi!..ok bck to story...aha! ayt bi tunggang langgang..ade aku kesah !! ahaK!...ok2 smbung blk...ermm..klu kita tengok wajah sicomel kan mesti akan terfikir sesuatu...urmm klau korng kan ape yg korng akn fikir??????klu sha,senang je...sha fikir satu je..klau la sicomel ni boley berckap n berterus terang dgn kita cmfm dia akan cerita segala2nya yang dia nak bgthu kita kan..semua kisah hidp  dia dikongsikan bersama kita..urmm tapi  sha tak sangup nak dgr...sebab dri riak mata si comel pun sha dah tahu..dia menyimpn seribu kedukaan dan beribu2 kesakitan yang dia alami setiap hari setiap saat dan setiap detik...hanya satu ungkapan je yg dia boley luahkan iaitu MEOOOWW!! sometime dia bunyi dengan nada yang riang  dan kadang2 dia bunyi mcm ada sesuatu yang dia ingin bagthu kita..tp sedihkan sebb setengah orang tak dapat memahami apa yang sicomel ni nak...haaa sebab itu la..sha nak bina sebuah rumah yang besar.klau boley dalam rumah tu sha tanak sape2 pun duduk just sha n kucing je...hehe bahgia hidup klau 24 dengan meoow je..sebab diorng sangat comel n manja...heee... (^^,)v kalau boley biar sicomel terjga..thap kebersihnya sekali...klu boley ade pmbntu yg tolong bershkan n kemaskan tempat sicoml lg bgus...ahak!...


TenTaNg KUciNG

malam ni sha borinkk sangat2..tak tahu nak buat apa..smbil2 duduk termenung sha tringat kucing sha...urmm rindu sangat2..walaupun kucing dh xde..tp still rndu....kt sini tak boley bela kucing almaklumlah duduk dengan member so kena la respect diorg..sbb ade yang tak suka kucing..hehe..tapi sha pelik la..kenpa stenggah orang tak suka kucing???hmm nak kata jijik sha tengok kucing ni la yang paling comel dan manja...cuma setengah je kucing yang terbiar nampak comot sikit...tapi bagi sha semua kucing comel tak kira la kucing kurap or kucing yang terbiar kt tepi jalan tu...kalau dah jumpa kucing kat mana2 pun sha akan pegang walaupun orang cakap"SHA KUCING TU KOTOR LAH" ahh ade aku kesah... :) korng nk ckap apa pun sha peduli apa kucing tu x bersalah pun..sebab sha dengan kucing memang x boley dipisahkan dari kecil lagi hidup sha dengan kucing je...sampai sekarang..xde kucing sha rasa x legkap hidp ....korang nk thu x?? walaupun dia x boley berckp tp dia sangat memahmi isi hati kita..klu x percya korang cuba cite msalah korng kt dia...cmform korng rasa lega..hehe...ermm tengah belek2 majalah sha terbca something... tentang Abu Hurairah..siapakah dia????klu nak thu siapakah dia jomm baca entry kt bawah ni..

Agak mustahil bagi kita untuk tidak mengenali insan ini... Abu Hurairah bermaksud Bapa Kepada Kucing.Abu Hurairah mendapat gelaran tesebut kerana beliau terlalu sayangkan dan menghormati haiwan peliharaan itu.  Rata-rata kita mengenali Abu Hurairah sebagai seorang Rawi Hadis yang terkenal. Dalam kesibukan beliau menyampaikan dakwah, mengahafaz hadis, tidak pernah sekalipun beliau mengabaikan sikap peramah beliau terhadap kucing.  


Abu Hurairah sentiasa menyayangi kucing. Pernah di rumahkannya kucing yang baru diperoleh di tepi jalan didalam lengan jubahnya, dan dibawanya kucing tersebut bersiar-siar sebelum dibawa pulang ke rumah. Seperti yang diperkatakan tadi, kucing adalah makhluk Allah dan mempun

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.   

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr (nama sebenar Abu Hurairah) menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing. Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing.....
Haaaa korang dah tahu kan siapa dia sebenanya...jadi apakata korang mencontohi beliau...mulia taw orang yang sayangkan binatang ni.... :))

5 October 2012

CiRi-CiRi wanITa IdamAn LelaKi..


tak tahu nak buat apa so try search benda ni haha..betul ke smua lelaki cari teman hidup...melalui ciri2 yang tersenarai kat bawah ni..jom tgk apa ciri2 tu..
CIRI WANITA IDAMAN LELAKI
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak cerewet.
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil. “Mengomplen” aje kerjanya… upss..
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia :
  • Bersopan satun
  • Sentiasa memansikan wajah
  • Sentiasa senyum
  • Menutup aurat
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Menghormati orang lain.
Ok, tu lah dia 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Moga apa yang saya kongsikan ni bermanfaat pada Anda dan menjadi pengukur dalam peribadi Anda dan pasangan.
Satu lagi tips..sebelum tidur, nilai diri kita, kelebihan dan kekurangannya serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Atasi kelemahan diri step-by-step dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan!

WanITa HiaSan DunIA...

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,

Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu 
Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga 
dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,

kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,

Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada.
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Ya Allah, Aku Redha..


Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.
Tetapi ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha Ya ALLAH.
Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.

Lelaki, Cintailah wanita/ IsTeriMu Walau Apapun Terjadi..


Kepada lelaki,
Kecantikan perempuan bukanlah  kesempurnaan , ada hati yang lebih cantik yang perlu kau tahu. Suatu keegoisan , bila hanya menuntut kesempurnaan wajah, tak akan ada hati yang tenteram.
Cubalah lihat kecantikan hati wanita tanpa kecantikan tubuh dan wajahnya, hatimu tentunya akan senang.

Kepada lelaki,
Disaat perempuanmu bergelut dengan kanser yang meragut kecantikannya, apakah segala rasa yang kau miliki kepadanya masih lengkap?
Mungkin hanya dari keikhlasan saja rasa itu masih terpatri, mungkin pula rasa itu akan bertambah, hanya dengan dua kata itu cinta sejati akan terbukti dari perjanjian hati yang pernah kau ikrarkan dulu kepada perempuanmu.

Kepada lelaki,
Jangan kau pandang hanya dengan belas kasihan wajah perempuanmu yang sayu dan kuyu, jangan kau pandang tanpa cinta badannya yang kurus kering, bila kanser menyerang dan meragutnya, pandanglah dengan cinta yang pernah hadir untuknya, kerana ujiannya ujianmu, deritanya deritamu, sakitnya sakitmu.

Kepada lelaki,
Hanya dengan cintamulah, semangat perempuanmu tumbuh, bila ada dalam sakit menderita dari ujian-NYA, hanya dengan kasih sayangmulah kekuatan hidupnya akan teguh, hanya dengan senyumanmulah, kesihatannya akan pulih kembali.

Kepada lelaki,
Kemuliaan hatimulah yang diperlukan oleh perempuanmu disaat kanser itu menyerang. Kesedaran dan kesabaranmulah yang akan membawa cinta kasihmu bertambah untuknya.