8 May 2012

kisAh WanITA TUa DeNgAn sEeKOr Kucing D taNah sUCi MekAh

hye korng..!! tgh buat ape?? urmm sha ade smthing nak shre...td masa sha on9 fb sha ade terbaca sesuatu...tersntuh hati sha bila bace cerita ni.....korng nak tahu ape kishnya ..jm baca kt bawah pic ni
Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.
-------------------------------------

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam

7 May 2012

Up date LAgi :)

hye ! => lalalala tersa borink la pulk...hehe er,,, ok la sbnrnya sha ade story nk cite nih...sha dapt hdiah lgi...suke sgt2... wink wink wink...hehe ok mcm ni ptng td..sha kluar jalan2 dgn mbr sha..permpuan ek..bukn lelaki..gtaw awl2  sblom korng ckp lelaki...hahaha...bila dh smpai tmpt yg kitorng sllu lepk tu dia ckp kt sha dia ade beli smthng...dia ckp olh kerana sha suka snyum..so dia beli kan novel yg kt atas tu..''SENYUM MANISMU" mcm perli je..haha sha mula2 mcm x percya...dlm hati ckp dia ni biar btul..main2 ke ape...hikhik..sha tnya dia lgi skli..untuk dptkan kepastian...dia ckp btul la..novel ni untuk sha...dia beli khas untuk sha..so ambk je lah....sha pon ape lgi ambk je lah...orng ckp rezeki jgn ditolk..bla jgn dicri...btul x?? huhu mood sha hrini hppy sgt2..bnyk yg sha dpt dri mber2 sha...sha x mpu nk blas smuanya...hnya Tuhan yg bleh blas jsa baik korng tu...sha terima ape pon yng korng bg..x kisah la..buruk ke koyk ke...kecil ke besar ke...sha terima dgn hti yg terbuka..sha xpernh nk berkra dgn ape yg korng bg...mak sha sellu pesan x baik tolk pemberian orng...ape yang orng kasi ambk je...lpas tu ucp terima ksih.. :)  untung kan klau kita baik dengan orang...orng pon sayang kita....huhu ok lah sha nk smbng bce novel yg sha dpt td.....cerita dia mcm best...so nak layn kjp..nti sha up dte lgi ek...bye2...  zzZZZZ

6 May 2012

rinduu Dia..

huwaaa!!! rinduuuuuuuuu dia...sha  rndu dia sgt2..... >,< x thu knpe ttba je perasaan rindu ni dtg...sha rindu nk myakat dia sha rndu nk mnja2 dgn dia....sha rndu nk dgr suara dia..urmm kemna dia mghilang ek.....sushnya nk hilng kan perasaan rndu ni....perhh lebh ssh dripada rindukn seorng kekasih.....buat apa smua x kena...asyk trgtkan dia aje..dh mcm orng mabok cnta dh hahaha..bioll ehh kepala ni....ape nak buat ek..tersksa bila rnd kn ong yg belom tntu jd milk kita...yang belom tahu ape isi htinya..ssh nk tafsir smuanya...ape yg termmpu hnyalah berdoa meminta petunjuk pada yg maha Esa......
kata2 kt atas cukup mmbuat sha terfikir kmbli...sha trma andai itu bukan jdoh sha..sha suka dia jadi kwan yg baik..ckup la persaan suka itu sha smpan..tanpa siapa pon yg tahu....walaupun sukar nak sha lafaz kan...mgkin apa yg dh tertulis untuk sha hnya la setia sbagai seorng kawan yg sntiasa mnghiburkan dia....cukup la...sekdar dia melpaskn keluhan di hti nya...sha hnya mpu tersnym disaat dia bhgia.....hohoho..tp d'dlm hti skit beb !!!! sukar nak terima....nsb baik sha kuat..klau x dh lama rebah mnymbah bumi... ;'(

haRapAN AdaLAh NaFaS KeHIdUpAn

asaalammulaikum..sha nak shre satu entry yg sha copy dri sorng kwan sha...jom kita bace entry dia......--->Kadangkala kita sering tersalah faham dalam membezakan antara putus asa dan pasrah. Ini kerana implementasinya hampir sama yang bermaksud berhenti atau menyerahkan apa saja yang bakal terjadi pada suratan takdir. Disini terdapat perbezaan situasi antara pasrah dan putus asa.

Contohnya, doktor ingin melakukan pembedahan kepada seorang  mengidap kanser yang kritikal, namun ahli keluarganya menolak. Mereka menolak bukan kerana kesempitan wang , tetapi mereka sudah pasrah pada ketentuan Ilahi. Akhirnya pesakit  itu meninggal.

Pada situasi lain pula, seorang doktor berunding dengan seorang pemuda yang ayahnya diserang strok, meskipun keadaan ayahnya sudah kritikal, namun si anak tetap berusaha mengubati ayahnya walau berapa sahaja kosnya, sembuh atau tidak dia pasrah pada Ilahi. Seperti yang pertama, Pesakit ini juga meninggal.
Dari dua situasi diatas,  soal kesembuhan keluarga ini sudah pasrah kepada Allah SWT, dan akhirnya mereka kehilangan orang tersayang  untuk selamanya.

Tetapi ada perbezaan diantara dua situasi diatas. Bezanya terletak pada usaha yang maksimum. Ikhtiar yang bersungguh – sungguh sebagai memenuhi sunah kauniyah yang digariskan olehNYA. Oleh itu usahalah yang akan menjadi penentu, mana yang layak disebut pasrah  dan yang mana yang disebut putus asa.
Sebelum ikhtiar yang maksimum, semestinya kita menutup serapat – rapatnya kata pasrah.

Mari kita renungkan firmanNYA:”Oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya (Surah Al-Kahfi,ayat 110)

Barang siapa yang ingin tercapai hasrat yang mulia, maka beramallah, bergeraklah dan melangkahlah. Kesalahfahaman dalam membezakan dan menentukan kedua – duanya akan membuat seseorang itu menyerah kemudian menamakannya sebagai pasrah. Sebenarnya dia masih mampu berlari tetapi memilih berhenti, masih mampu berenang ke tepi tetapi berdiam diri akhirnya tenggelam.
Padahal hidup adalah perjuangan, kerana senario hidup adalah ujian bagi manusia.

Sebagaimana firmanNYA :”Dia lah yang telah mentakdirkan mati dan hidup(kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu;siapakah diantara kamu yang terbaik amalannya,dan ia maha kuasa(membalas amal kamu),lagi maha pengampun (Surah Al-Mulk ayat 2).
Nafas Kehidupan..

Putus asa. Mengapa dinamakan putus? Mungkin kerana asa pengharapan, tujuan dan cita-cita diibaratkan sebagai rantai penggerak dalam jiwa. Ia harus kukuh, kuat dan semakin kuat. Harapan dan cita-cita adalah nafas kehidupan.
Bukankah sesudah mendaki kita akan menurun? Bukankah dengan airmata juga tercapai sukacita?
Cita-citalah yang membangkitkan semangat orang yang mendaki, kerana disebalik pendakian akan ada penurunan, menjadikan perjalanan lebih mudah. Kalau tidak kerana cita-cita hilanglah nafsu bekerja, berhenti gerak dunia, padam pelita orang-orang bijak bistari.

Cita – cita adalah pokok pangkal kemajuan, kerana makhluk yang bernama manusia sahaja yang layak mendapat kemajuan, makhluk lain tidak.
Cita-citalah yang menghilangkan rasa sakit, melupakan kepedihan dan kesulitan. Sebab cita – cita itu sendiri adalah ‘dynamo’ hidup. Jangan diabaikan cita-cita yang tumbuh, pupuklah ia.  Para petani yang tekun disawah, dibawah cahaya matahari sehingga hitam kulitnya, semua adalah lantaran cita-cita. Cita-citalah tiang kemajuan, tonggak gerak bumi dan menimbulkan nafsu bergerak.

Kita bergerak kerana ‘percikan-percikan’ api pengharapan yang membakar niat dan tekad. Semakin besar kecintaan kita pada harapan dan cita-cita semakin besar pula percikan api dan tenaga yang dihasilkan. Bertambah kuat pula keberanian,tekad dan semangat menghadapi segala risiko dan tentangan. Semakin gigih pula otak kita bekerja mencari cara, berinovasi dan mengatur strategi agar berjaya mendapatkannya.

Dapatlah kita gantungkan azam atau himmah yang tinggi. Himmah yang tinggi berbeza dengan angan-angan yang tinggi, kerana angan-angan yang tinggi hanya menyebabkan seseorang pemuda  mengelamun, dia tidur di siang hari pada waktu orang lain bekerja keras, dan berangan – angan hendak membeli kereta mewah dan sebagainya. Akhirnya kerana terlampau berangan – angan tinggi tanpa kerja keras akhirnya pemuda itu jatuh.

Cita-cita membawa kebesaran dan kemuliaan sedangkan angan-angan merosak dan membawa kepada  kejurang kehinaan.
Oleh itu tetaplah berharap, kerana seorang muslim tidak akan pernah berhenti mengharap. Dalam setiap amal ibadahnya, dia selalu mengharapkan kasih sayang dan rahmat Tuhannya.Dalam setiap gerak kehidupannya, dia selalu menanamkan tujuan dan cita-cita untuk kebaikannya dan kehidupan. Dan jika harapan pernah terputus, maka sambunglah kembali.

Kadangkala, lantaran putus asa yang mendalam, sesetengah orang jemu dengan kehidupan, bak pepatah “hidup segan mati tak mahu”. Seorang mukmin tidak akan mudah berputus asa, walaupun pintu disekelilingnya seakan – akan tertutup.

Rasulullah SAW bersabda:           
”Janganlah salah seorang  dari kamu meminta mati kerana kesulitan hidup yang menimpanya.Jika perlu ucapkanlah doa seperti berikut ‘Ya Allah panjangkanlah umurku sekiranya hidup ini lebih baik bagiku,dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik bagiku”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah membangunkan harapan dengan tauladan seperti Sayyidah Hajar yang tetap berlari mencari air, meskipun dalam pandangan hanya ada fatamorgana dan padang pasir sahaja. Dan seperti Nabi SAW, yang tidak membiarkan malaikat menjatuhkan gunung, walaupun penduduk Thaif menolak dakwahnya dengan kasar, malah baginda tetap menaruh harapan pada anak dan cucu mereka.

Dengan memperbaiki amalan dan usaha serta diiringi doa, bererti kita telah mencuba kearah kebaikan agar tercapai harapan dan cita-cita. Harapan umpama aliran darah yang terus mengalir sepanjang Hayat kita. Janganlah kita berputus asa dari Rahmat Allah SWT…
Subhannallah Walhamdilillah waLailahailallah Allahuakbar.

saje2

cuaca luar mendung.....redup2 sayu angin bertiup perlahan2....terasa tenang dan nyaman dengan cuaca yang mcm ni....smbil layan lgu doa buat kekasih....lgu doa  buat kekasih merupakan lgu  favrte sha..sha suka dgn lirik dia...setiap lirik dia ade mksd yg tersirat..kdng2 bila dgr lgu ni..air mta bolh mglir dgn tiba2 hehe...kt bawah ni ade lirik lgu fvrte sha..jm layn jap...
.Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

sha pling suka lirik "mahukah engkau mengerti harapan serupa mimpi ianya dapat terjadi atau hilang tak berganti"lalalalala...hnya hati je yg faham lirik2 kt situ...smbil termenung..rilex2 kjp...layn perasaan..huhu :)
 

sha & SaFi


assalammualaikum.. => up date lgi...hehe ermmm sha nk tnya korng ni ape product kecntikan yg korng guna...mana la tahu bolh kongsi rhsia...hehe...untuk pengetahuan korng...kulit sha agak snsitf sikit...cpt naik ruam n jerawat...bila dh naik jrwat parut ssh nak hilng...urmm...kadng2 grm jugak..tp nak buat mcm mna saba je lah...kulit sha terllu manja nak 24jam dibelai... klau slah sikit mula la meragam haha..ngade2 kan.....hihi...kulit  sha hnya sesuai dgn product safi je..yang lain x bolh..terima..pernah skli sha tukar pkai jenama lain..habis rosak muka sha...naik bntik merah2...masa beli x ingt dunia..hbis jgk RM100 nak cb sangt product lain...kan dh kena...huhu n then stop dua tga mggu bg kulit sha ok blk..bru pkai product safi semula....last2 ok blk...nsb baik la bolh kawal lgi..klau tak mmg jdi mcm hntu ler jwabnya muka sha..cmpom korng tkut nak tgk..hahaha.....sha sndri pon rasa geli dgn muka sha mcm tu..merah giler2... 
product safi ni la yang  pling sesuai dgn kulit muka sha.sha guna sejak umo sha 12 tahun lgi...sha suka sbb krim dia..x bermnyak x melekit...selesa bila pkai...pic kt bawah ni ade lah krim kecntikan...lebh kurng mcm krim asas sblom kita make up la...sha akn guna sblom sha kluar rumah..lpas tu bru pkai bedak...
ini pula pelembap muka..dia ade  dua jenis..pelembap siang dan mlam..sha x suka sngt ambk pelmbap siang sebb muka sha alah sikit..so sha lbh suka ambk pelmbap mlam...kadang2 klau kulit tersa kering bru sha akn gunakan pelmbap siang...


cuma pembersih muka je lain sikit sha guna pembersih muka safi sari gamt...hehe sebb kulit muka sha berjerwat ..tiap kli period msti naik punya..so untuk mngelakkan dia naik lagi bnyak sha gunakan safi sari gamat ia mgawal jerwat sha dripada merebak dan menyegarkan kulit selpas dicuci....

losyen tangan dan badan pun sha gunakan product safi....sha guna safi balqis...sha dah lama guna losyen ni...dri dulu2 lagi..sha ade jgak tukar kepada losyen lain tapi x selesa...rasa melekit...mungkin losyen ni dah sebti dengan sha kot...eh ! korng klau ade ape2 yang hndak dikongsi bolh aje shre kt dalam blog ni... mna la  thu bolh di jdikan tip2 yg berguna....

5 May 2012

saYa & AiS KRim :)

                                                                                                                   hi assalammualaikm....=) hari yang ceria..jom makn ais-krim cornetto huhu sedappp...yummy... :) alhamdulilah demm sha dh semakin baik..cuma tekak je msih terasa perit...sikit...dah dua hri hilng selera mkan..harini ttba teringn sangat2 nak makn ais krim..selalunya lepas blk dri klas sha msti singgah dekt kedai runcit akk kt bawah tu...hehe ais krim  je sha beli...lantak la orng nak ckp ape..mcm budak2 ke apa ke..ada aku kesah..hahaha..yang penting...kepuasan lepas mkan ais krim..lalala..antara ais kim kesukaan sha ade lah cornetto x pon mat kool..klau xde ape2 pon sha mkn..x kisah jnji ais krim....ha korng nak thu kenpa sha letak pic CORNETTO SHOW YOUR LOVE?? sbnrnya sha ade masuk peraduan ni...smpai kan sha kmpul smua no kod yg ade pada penutup ais krim cornnto ..n then sha try la snd...saje je gatai2 cuba..haha...x smpai dua mggu sha  terima satu bngkusan dri pihak ais krim cornnto show your love....bila sha bukk bngkusan itu..tertera nama sha n dia tulis tahniah anda telah memenangi sim kad dri kami...wow ! terkejut sha ..huhu x sngka...dpt jgk hdiah...ingt kan ape yg sha snd tu jus tipu...dalam hati gmbira x terkata....hehe...so no fon sha o17 bla bla bla..... ni mmg sha sayng sgt2..walaupun pernh hilng sha akan renew blk.no tu..kenangan  seyhh no tu....:) lpas ni nk mkn bnyk2 lgi la..mna la thu dpt hdiah lgi besaw..hahahaha...
ha..ini antara ais krim yang sha suka jugak..sedappp oo...ade macam2 perisa...and lgi satu nama ais krim tu trafik light dri keluaran mat kool jgk...sedp warna warni gitu mcm warna lmpu trfik lght hehe...sellunya ais krim ni la sha beli kalau ais kim cornetto hbis...ais krim spiro ni sush nak jmpa...klau kt kedai biasa..time2 sha nak huh! hmpeh bila pegi je msti hbis.....kdang2 tu grm jgk..time x teringn perhh bnyak gile....

korng nak tgk rupa ais krim trafik light x..cb tgk pic kt sebelah ni......ha npk sedap kan..klau nk thu rasa dia mcm mna korng kena la cba bru la tahu..hehe..sha korng jagn tnya la..sha dgn ais krim mmg x bolh dipisah kan..klau blk kg pon ais krim jgk yg sha cri.....sllunya mak akn beli yg dalam bekas tu.buat stok..bnyk2...hahaha..seng sikit..x pyh nak kuar beli sikit2....letk je dlm peti...mkn la smpai muntah...huhuhu...mak  sllu ckp mcm tu..sbb dia tahu anak2 dia mmg suka ais krim hehe....

3 May 2012

seseMa ~~


mlm ni xde mood sbb  flu n demm~~ hukhukhuk ;'( rimas eh...sbb x bolh tido...bdn panas giler...adoii kpla pening...rasa berpusing je..tp still bolh up dte blog lgi...haha...ermm sbnarnya dmm ni bukn bepunca dri hujn or perubhn cuaca...demm ni disebb kan olh sha simpan perasaan marh yng sha pndam smpai mngigl stu bdan...maslah kiri knn..nk jga hati kwan2 punya pasl..sha terpksa korban kn diri sha sndri...supya xde yg sakit...biar la sha skit..sha x kisah...yang pnting persahabatn yang sha bina ni kekal smpai bila2....sekrng sha rasa selesa sikit panas pon dh berkurngan sbb sha cb buat apa yg termmpu td...walaupun sha x kuat..tp sha cb kuatkan jgk diri ni..supaya sha x berada di sebelah pihak aje...sha ggh kn diri terus terng dgn diorng...walpun sha x thu sma ada pnjelasan tu diorng bolh terima atau tidak..dalam hti hnya tuhan saja yang thu...sabar je yg sha mpu...sha x sekuat orng lain...sha terpksa korban kan diri sha untuk jga hti orng lain...asal kn diorng gmbira sha pun turut gmbira.....ape2 pon alhmdulilah sbb diorng bolh terima ape yg sha ckp tu..diorng memahami ape yg sha inginkan...lega rasanya...tp demm sha bukn mkn ok malah mkin truk..huhu mna x nya dua 3 hri berturut2 mnjadi pendengar maslah orng...nk fikirkan perasaan orng lain lgi..adoiii pening..rasa mcm nk pitam je...tapi sha mmpu bersabar lg..''TERIMA KASIH YA'ALLH ATAS KURNIAANMU AKU BERSYUKUR KERANA DIKURNIAKAN TAHAP KESABARAN YANG  TGI'' sha bersyukur sngt2.......
harap2 lepas bgun besok smuanya akan kmbli ok..penat lah..sha dh letih dgn smua ni... !_! cukup la ! sha x terdaya lgi....air mata ni dh hbis sha kluarkan.....rasanya hnya darah yg akn mnglir..slpas ini jika sha menahan smua dugaan yang diberi....x termpu dah nk lawan seorng diri...tnpa sokongan dri sapa2....:'( urmm ok la rasanya sha perlu rest sbb kpla rasa skit sgt2...x bolh nk go on lgi... ;'( bye2 nite2...korng..nti sha up dte lgi ek...

2 May 2012

aboUt frieND's

assalammualaikum.. =) semua...
urmm harini sha nk kngsi smthng...pasal mbr sha...lepas blk kelas td.berlakunya luahan perasaan antara sha dengan kawan sha...dia ngis...hukhuk !sha x thu nak buat ape..lgi pon sha x bolh tgk orng ngis ni..kang dia bernti nagis sha pulk yg smbung..nnti x pasal2 bnjir satu kl hahaha...ermm sebenarnya...ada sedikit selish fham antara mber sha dgn mbr sha yg lagi sorng ni..mereka berdua .. bermasam muka sbb hal yg  kecik je..sha perasan ape yg berlaku diantra kedua2 mereka ni..tapi sha diam aje..last2 skli msa blk sma2 dgn yg sorng lgi..dia tnya sha kenpa kawan sha yg sorng lgi mrh dia...klau dia ade buat slh bgthu la...smbil mngis..adoiii sha dh x thu nk ckp ape..just relex kan dia je..itu je yg mpu..n then ajak dia duduk rest dulu..lpas tu brulah sha gn dia duduk n luahkan apa yg sebenarnya berlaku maka terjdilah sesi meluah perasaan hehe....sha tak nak dia sush hati..so sha bgtahu bnda yg btul...supaya dia bolh improve diri dia lagi...sha bukan la nk ckp sha ni perfect or ape sbb nsht kan dia mcm tu...tp dia yg nk sha terngkan ape yg x kena dgn diri dia...sha ckp la dgn nada yg slow..supaya dia x tersa...sekurng2nya dia thu ape yg dia buat tu salah..lgipun mbr sha yg sorng lagi agak pnas baran..so sush lah klau dua2 melenting...bnda smple bolh jd besar..pada masa yg sama dia pon ade crta pasl kkurngan diri dia..sha x nfikan lah setiap mnusia di muka bumi ni..xde yg kurng ataupun terlebh..smua sama je..yg mmbezakannya hnya lah darjat seseorng itu.selpas sha ckp mcm tu..dia terdiam...sekejap..sha risau jgk tkut2 dia marh sha..hehe..sebnarnya x..dia cuma rasa lega sbb sha dh bgtahu ape ksilpan yang dia dh lkukan..dn sha bertrus terng dekat dia...ape yg buat mmbr sha yg sorng lgi tu mrh dia...alhmdulilah dia fahm dn dia bolh terima apa yg sha ckp...dia jnji akn cb perbaiki diri dia..agr mnjdi yg terbaik....sha bukanlah nk tnjuk yg sha ni pndai nasihatkan orng..tp klau setkt nk kngsi msaalah degn sha sha on aje..sha  x kish pon....sha berterus terng sbb sha tanak hubgan kitorng sbgai kawan rapat ttba bertukar mnjdi musuh...sha x suka macm tu...cukup la..! sha tanak kehilangan kawan2 sha yg sha syng slma ni...sbb tu sha kuat kan diri sha untuk berterus terang dgn dia....sha x suka biarkan seseorng tu dibelenggu degn rasa kesedihan atas apa yg berlaku...so lebih baik berckap jujur..dengan nada yang lembut..mngkin akan mbuatkan orng tu tersedar akan kesilpannya....kann....ok la time untuk rest..penat eh..ade masa nti sha smbung pot pet pot pet  lg ek......hehe jmpa lgi ye....bye2... ^___^.

1 May 2012

MamPU MenJaDi PendEngR Yang Setia..

haaalllooooooooooo..... >) mood gatal dah dtg haha ! harini dah masuk buln MEI..cept btul masa berlalu kan..x sngka pejam celik pejam celik dh bulan lima..humm..tak lama lgi nak puasa..yay ! x sabar nk puasa..tp puasa x gnti habis lgi..adoiii hakhak...smpt lgi nih..klau nak puasa gnti..hope boleh la.. :) eh ! merepek smpai kesitu pulak...sebenarnya entry ni xde kena mgena dengan puasa or raya..saja buat gmpak sikit hahaha...apa yang sha nk luahkan ni just untuk luahan hti sha or pndagan sha aje..xde kena mngena dengan sape2...bagi sha lah kan , msti dalam ramai2 manusia kt muka bumi ni kan ramai yang x bolh jd pndengar yang setia..or mnjdi tmpat orng meluahkan masaalah....huhu sha x termsuk dalam golongan tu ek...sha bersyukur sangt2 sebb sha bolh mnjadi pendengar yg setia dan juga tmpat kawan2 sha mngadu msalah diorng..sha x kisah diorng nk cerita apa or nk kngsi ape2 saja maslah diorng ..sha mmpu dngar..mlah xde pon rasa nk marh..sha rasa klau stgh orng tu cmpom dia rasa nk melenting jgk kan...sbb asyk2 nk mngadu je...naik bnci..jgk nk dgr..sha bertuah sgt2 sbb sha x jugak dikuniakan sikap yang sebegitu...sha bolh terma ape saja luahan orng..happy taw..hikhik..bolh buat orng gelak..n bolh buat lawak untuk diorng lupakan smua masalah diorng...x pyh nak serabut kan kpla diorng lagi..kan...hnya satu je yg bolh buat mereka ni hilang rasa mrah..sbgai cntoh sha suka layan ape yg diorng ckp n then sha suka mnyakat diorng lpas tu mula la..diorng rasa grm..n tercabar last2 skli akan buat mereka ketwa..itu je yg sha mmpu buat untuk tgk orng2 disekeliling sha happy...klau diorng smua hppy sha pon hppy sama..sha x suka sedih..sbb sha dh tanak sedh lagi...perit kot nk tngggug kesedihn yg dh lepas..x sngup dah  !!..biarlah kegembiraa pulk yg mnyusur...sbb lpas ni mybe bnyak lagi dugaan yg akan mndatang x siapa thu ape yg akan berlaku selepas ini..hnya Yang Maha Berkuasa sja yg tahu...dia dh atur kan segalanya untuk kita..baik untuknya baiklah kita..buruk yg ditulis buruk la kita...klau lalai dlam sesaat saja...sest lah hti yg bersih lgi suci ini..so pndai2 la jga diri.jgn pndai bermain dgn kata2 yg penuh bisa kerana akan mmbinasa kan diri sendiri..sntiasa setia pada yang esa..mmohon petnjuk darinya...jangan mudah mngeluh..cuba lah melakukan apa yang sepatutnya...okey la smpai sni je la entry ni ..sha kena stop dulu ade keje nk kena sttle kan..nti ade masa sha up date lgi ye...sha tgl kan cik kitty  yg comel ni gn korng  ek...hahahaha
 peace !!! hehe bye2