13 October 2012

TenTaNg KUciNG

malam ni sha borinkk sangat2..tak tahu nak buat apa..smbil2 duduk termenung sha tringat kucing sha...urmm rindu sangat2..walaupun kucing dh xde..tp still rndu....kt sini tak boley bela kucing almaklumlah duduk dengan member so kena la respect diorg..sbb ade yang tak suka kucing..hehe..tapi sha pelik la..kenpa stenggah orang tak suka kucing???hmm nak kata jijik sha tengok kucing ni la yang paling comel dan manja...cuma setengah je kucing yang terbiar nampak comot sikit...tapi bagi sha semua kucing comel tak kira la kucing kurap or kucing yang terbiar kt tepi jalan tu...kalau dah jumpa kucing kat mana2 pun sha akan pegang walaupun orang cakap"SHA KUCING TU KOTOR LAH" ahh ade aku kesah... :) korng nk ckap apa pun sha peduli apa kucing tu x bersalah pun..sebab sha dengan kucing memang x boley dipisahkan dari kecil lagi hidup sha dengan kucing je...sampai sekarang..xde kucing sha rasa x legkap hidp ....korang nk thu x?? walaupun dia x boley berckp tp dia sangat memahmi isi hati kita..klu x percya korang cuba cite msalah korng kt dia...cmform korng rasa lega..hehe...ermm tengah belek2 majalah sha terbca something... tentang Abu Hurairah..siapakah dia????klu nak thu siapakah dia jomm baca entry kt bawah ni..

Agak mustahil bagi kita untuk tidak mengenali insan ini... Abu Hurairah bermaksud Bapa Kepada Kucing.Abu Hurairah mendapat gelaran tesebut kerana beliau terlalu sayangkan dan menghormati haiwan peliharaan itu.  Rata-rata kita mengenali Abu Hurairah sebagai seorang Rawi Hadis yang terkenal. Dalam kesibukan beliau menyampaikan dakwah, mengahafaz hadis, tidak pernah sekalipun beliau mengabaikan sikap peramah beliau terhadap kucing.  


Abu Hurairah sentiasa menyayangi kucing. Pernah di rumahkannya kucing yang baru diperoleh di tepi jalan didalam lengan jubahnya, dan dibawanya kucing tersebut bersiar-siar sebelum dibawa pulang ke rumah. Seperti yang diperkatakan tadi, kucing adalah makhluk Allah dan mempun

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.   

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr (nama sebenar Abu Hurairah) menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing. Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing.....
Haaaa korang dah tahu kan siapa dia sebenanya...jadi apakata korang mencontohi beliau...mulia taw orang yang sayangkan binatang ni.... :))

No comments:

Post a Comment