” Senyum seindah suria, yang membawa cahaya ” Ungkapan yang sangat istimewa menggambarkan betapa cantik dan indahnya senyuman itu.. Keikhlasan senyuman itu lahir dari hati yang bersih dan suci.. Manisnya senyuman kerana sifat itu biasa diamalkan membawa satu ribu satu kebaikan buat mereka yang sentiasa senyum..
Senyuman itu menawan, pada para wanita khususnya isteri-isteri, berilah senyuman pada suami anda dengan senyuman itu lebih bahagia kamu berdua.. Senyumlah dikala dia ingin pergi lakukan tugas, senyumlah dikala sambutnya pulang dari tugasan, dan perolehlah kamu pahala sedekah, kerana senyum itu satu sedekah..
Senyumlah ketika bertemu rakan-rakan anda dan mereka pasti terpegun dan kagum tertanya “kenapa anda selalu tersenyum ?” Dengan senyuman anda itu membuatkan mereka tersenyum dan terus berjangkit..
Senyuman itu tenang, dikala keresahan tabah hadapi ia dengan senyuman, supaya kelihatan kental menangani masalah, supaya dapat lahir rasa tenang dan hilang rasa gugup.. Senyumlah dengan kekuatan yang ada…
Senyumanlah disamping pelanggan-pelangganmu terasa senang berurusan dengan anda, ditatapi wajah yang penuh gembira walaupun menghadapi hari sukar, insya allah, senyuman anda buat pelanggan anda akan sentiasa buat mereka teringat pada anda, mungkin bukan hari esok atau lusa, mungkin masa-masa yang akan datang, kerana hadirnya senyuman dirimu.
Senyuman itu manis, dan lebih manis dari madu yang boleh menjadi pengubat pada hati yang duka dan lara…
Tak rugi jika senyum, senyumlah dengan ikhlas supaya anda dapat merasa ketenangan darinya.. Renung-renungkanlah seketika.. :)
No comments:
Post a Comment