asaalammulaikum..sha nak shre satu entry yg sha copy dri sorng kwan sha...jom kita bace entry dia......--->Kadangkala
kita sering tersalah faham dalam membezakan antara putus asa dan pasrah. Ini
kerana implementasinya hampir sama yang bermaksud berhenti atau menyerahkan apa
saja yang bakal terjadi pada suratan takdir. Disini terdapat perbezaan situasi
antara pasrah dan putus asa.
Contohnya,
doktor ingin melakukan pembedahan kepada seorang mengidap kanser yang
kritikal, namun ahli keluarganya menolak. Mereka menolak bukan kerana
kesempitan wang , tetapi mereka sudah pasrah pada ketentuan Ilahi. Akhirnya
pesakit itu meninggal.
Pada
situasi lain pula, seorang doktor berunding dengan seorang pemuda yang ayahnya
diserang strok, meskipun keadaan ayahnya sudah kritikal, namun si anak tetap
berusaha mengubati ayahnya walau berapa sahaja kosnya, sembuh atau tidak dia
pasrah pada Ilahi. Seperti yang pertama, Pesakit ini juga meninggal.
Dari
dua situasi diatas, soal kesembuhan keluarga ini sudah pasrah kepada
Allah SWT, dan akhirnya mereka kehilangan orang tersayang untuk
selamanya.
Tetapi
ada perbezaan diantara dua situasi diatas. Bezanya terletak pada usaha yang
maksimum. Ikhtiar yang bersungguh – sungguh sebagai memenuhi
sunah kauniyah yang digariskan olehNYA. Oleh itu usahalah yang akan menjadi
penentu, mana yang layak disebut pasrah dan yang mana yang disebut putus
asa.
Sebelum
ikhtiar yang maksimum, semestinya kita menutup serapat – rapatnya kata pasrah.
Mari kita renungkan firmanNYA:”Oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan
dengan Tuhannya,hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia
mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya (Surah Al-Kahfi,ayat
110)
Barang
siapa yang ingin tercapai hasrat yang mulia, maka beramallah, bergeraklah dan
melangkahlah. Kesalahfahaman dalam membezakan dan menentukan kedua – duanya
akan membuat seseorang itu menyerah kemudian menamakannya sebagai pasrah. Sebenarnya dia masih mampu berlari
tetapi memilih berhenti, masih mampu berenang ke tepi tetapi berdiam diri
akhirnya tenggelam.
Padahal
hidup adalah perjuangan, kerana senario hidup adalah ujian bagi manusia.
Sebagaimana firmanNYA :”Dia lah yang telah mentakdirkan mati dan
hidup(kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu;siapakah diantara kamu
yang terbaik amalannya,dan ia maha kuasa(membalas amal kamu),lagi maha
pengampun (Surah Al-Mulk ayat 2).
Nafas Kehidupan..
Putus
asa. Mengapa dinamakan putus? Mungkin kerana asa pengharapan, tujuan dan
cita-cita diibaratkan sebagai rantai penggerak dalam jiwa. Ia harus kukuh, kuat
dan semakin kuat. Harapan dan cita-cita adalah nafas kehidupan.
Bukankah
sesudah mendaki kita akan menurun? Bukankah dengan airmata juga tercapai
sukacita?
Cita-citalah yang membangkitkan semangat
orang yang mendaki, kerana disebalik pendakian akan ada
penurunan, menjadikan perjalanan lebih mudah. Kalau tidak kerana cita-cita
hilanglah nafsu bekerja, berhenti gerak dunia, padam pelita orang-orang bijak
bistari.
Cita –
cita adalah pokok pangkal kemajuan, kerana makhluk yang bernama manusia sahaja
yang layak mendapat kemajuan, makhluk lain tidak.
Cita-citalah
yang menghilangkan rasa sakit, melupakan kepedihan dan kesulitan. Sebab cita –
cita itu sendiri adalah ‘dynamo’ hidup. Jangan diabaikan cita-cita yang tumbuh,
pupuklah ia. Para petani yang tekun disawah, dibawah cahaya matahari
sehingga hitam kulitnya, semua adalah lantaran cita-cita. Cita-citalah tiang
kemajuan, tonggak gerak bumi dan menimbulkan nafsu bergerak.
Kita
bergerak kerana ‘percikan-percikan’ api pengharapan yang membakar niat dan
tekad. Semakin besar kecintaan kita pada harapan dan cita-cita semakin besar
pula percikan api dan tenaga yang dihasilkan. Bertambah kuat pula keberanian,tekad dan
semangat menghadapi segala risiko dan tentangan. Semakin
gigih pula otak kita bekerja mencari cara, berinovasi dan mengatur strategi
agar berjaya mendapatkannya.
Dapatlah
kita gantungkan azam atau himmah yang tinggi. Himmah yang tinggi berbeza dengan
angan-angan yang tinggi, kerana angan-angan yang tinggi hanya menyebabkan
seseorang pemuda mengelamun, dia tidur di siang hari pada waktu orang
lain bekerja keras, dan berangan – angan hendak membeli kereta mewah dan sebagainya.
Akhirnya kerana terlampau berangan – angan tinggi tanpa kerja keras akhirnya
pemuda itu jatuh.
Cita-cita
membawa kebesaran dan kemuliaan sedangkan angan-angan merosak dan membawa
kepada kejurang kehinaan.
Oleh
itu tetaplah berharap, kerana seorang muslim tidak akan pernah berhenti
mengharap. Dalam setiap amal ibadahnya, dia selalu mengharapkan kasih sayang
dan rahmat Tuhannya.Dalam setiap
gerak kehidupannya, dia selalu menanamkan tujuan dan cita-cita untuk
kebaikannya dan kehidupan. Dan jika harapan pernah
terputus, maka sambunglah kembali.
Kadangkala,
lantaran putus asa yang mendalam, sesetengah orang jemu dengan kehidupan, bak
pepatah “hidup
segan mati tak mahu”. Seorang mukmin tidak akan mudah
berputus asa, walaupun pintu disekelilingnya seakan – akan tertutup.
Rasulullah SAW bersabda:
”Janganlah
salah seorang dari kamu meminta mati kerana kesulitan hidup yang
menimpanya.Jika perlu ucapkanlah doa seperti berikut ‘Ya Allah panjangkanlah
umurku sekiranya hidup ini lebih baik bagiku,dan matikanlah aku sekiranya mati
itu lebih baik bagiku”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Marilah
membangunkan harapan dengan tauladan seperti Sayyidah Hajar yang tetap berlari
mencari air, meskipun dalam pandangan hanya ada fatamorgana dan padang pasir
sahaja. Dan seperti Nabi SAW, yang tidak membiarkan malaikat menjatuhkan
gunung, walaupun penduduk Thaif menolak dakwahnya dengan kasar, malah baginda
tetap menaruh harapan pada anak dan cucu mereka.
Dengan memperbaiki amalan dan usaha serta diiringi
doa, bererti kita telah mencuba kearah kebaikan agar tercapai harapan dan
cita-cita. Harapan umpama aliran darah yang terus mengalir sepanjang Hayat
kita. Janganlah kita berputus asa dari Rahmat Allah SWT…
Subhannallah Walhamdilillah waLailahailallah
Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment