10 March 2012

lelaki tough kesukaan WanITA?? :)


Pernah tak korang rasa diri korang seksi pada satu-satu masa atau tempat? Ada kajian yang dilakukan oleh orang Barat bahawa seksi itu terletak pada tahap keyakinan diri seseorang. Keyakinan seseorang adalah daya penarik kepada kebanyakan orang. Pendek kata confident adalah seksi, dan lelaki sukakan perempuan yang seksi (confident). Itu lelaki. Kalau perempuan pula? Sama juga

memang jelas kebanyakan wanita sukakan lelaki yang berbadan agak tough. Tapi tough yang dimaksudkan bukanlah badan tegap seperti Mr. Universe. Kebanyakan wanita tidak berapa suka lelaki yang terlampau tegap. Tough yang dimaksudkan adalah berbadan tegap sederhana dengan dada yang bidang. Ramai yang cakap bentuk tubuh badan macam Aaron Aziz atau lebih dikenali sebagai Seth Tan dalam drama Nora Elena yang biasanya menjadi idaman para wanita yang disoal-selidik. Kalau ada six packs sikit lagilah diorang suka. Itu pandangan kebanyakan wanita yang ditanya. Lain orang lain taste icon wink Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1

Sama juga dengan ketinggian. Kebanyakan wanita lebih suka lelaki yang lebih tinggi daripadanya. Lelaki yang lebih tinggi biasanya dapat digambarkan sebagai lelaki penyelamat. Kebanyakan wanita suka berada dalam dakapan lelaki. Atas sebab itulah lelaki yang lebih tinggi selalunya menjadi pilihan, lagi-lagi yang berdada bidang. Tapi tak semestinya juga. Kalau semua pegang statement ni kesianlah kepada suami yang lebih rendah daripada isterinya hehe. Ada juga orang kata jodoh lebih panjang jika si isteri lebih tinggi daripada suami. Wallahualam
.
secara kasar bahawa lelaki yang bersikap cool lebih menjadi pilihan para wanita. Cool seseorang itu berbeza-beza mengikut pandangan masing-masing. Rasanya tak perlu dihurai lanjut sebab ianya bersifat agak subjektif.


Selain daripada itu lelaki yang bijak atau mempunyai pengetahuan luas lebih diminati. Secara ringkasnya pandai dalam kebanyakan perkara, sama ada teknikal ataupun perancangan. Lumrah lelaki mempunyai kelebihan merancang berbanding wanita yang selalunya lebih kepada persediaan dalam sesuatu perkara.
romantik, menghormati orang lain terutamanya orang tua dan juga sikap gentleman itu semua adalah antara sikap-sikap biasa yang selalu diidamkan oleh seorang wanita yang perlu ada pada diri seorang lelaki pilihan mereka.


Secara kesimpulan  bahawa ciri-ciri fizikal bukanlah menjadi point utama keseksian lelaki pada pandangan wanita. Majoriti memandang lelaki yang seksi pada sifat-sifat dan sikap yang ada pada diri lelaki itu sendiri. Wajah kacak, dada bidang dan macam-macam lagi ciri-ciri fizikal hanyalah bonus. Secara ringkasnya dapat dikatakan bahawa sikap atau sifat yang positif dalam diri seseorang itu mampu lahirkan daya penarik kepada sesiapa saja yang memandang. Maksud memandang adalah dengan pandangan mata hati. Lain pula dengan orang yang memandang dengan pandangan hawa nafsu atau pandangan mata saja.

No comments:

Post a Comment