6 February 2012

SEMUANYA BERMULA DARI IKHLAS..

Sebuah jiwa yang dibakar oleh  semangat yang membara,pasti akhirnya akan menggenggam kejayaan. Jiwa yang bersemangat, jiwa yang ikhlas dan jiwa yang prihatin dalam memahat nilai-nilai kehidupan, puncak kehidupannya kelak sudah pasti menyandang kebahagian di dunia dan mendapt rahmatan alamin di akhirat. Bagaimana kita mampu mencapai kedua-dua kejayaan ini???
Semuanya bergantung kepada sekeping hati .keikhlasan dalam menunaikan apa pun amanah dan tanggujawab yang diberikan adlah tanda-tanda mereka yang akan mendapt kejayaan itu. Kadangkala kita memikirkan hanya mereka yang berkerja dalam bidang  keagamaan sahaja yang berpeluang besar untuk meraih kehidupan yang lebih baik di akhirat kelak. Sedangkan pada hakikatnya siapa pun kits, apa pun perkerjaan yang dilakukan selagi ia memberi kebaikan dan dilakukan dengan ikhlas, pasti ia akan dinilai di sisi-nya..
Apabila semua di antara kita mampu melakukan seperti mana yang diamanahkan, dengan jujur dan dengan keikhlasan, adakah halangan lagi untuk kita mengutip kesenangan di kemudian hari  nanti??untuk itu pada awl-awl tahun ini, elok benar kita menetapkan penilaian tinggi terhadap diri sendri untuk menjadi seorang manusia yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain melaui pekerjaan kita. Apabila kita mampu membuat orang lain tersenyum puas dengan apa yang kita berikan, akhirnya kebaikan itu akan datang kembali kepada kita. Hidup ini umpama dunia kita yang bulat.apabila berpusing, pusat penamatnya adalah di mana tempat ia bermula. Jika kita yang memulakannya,ia akan kembali kepada kita. Fikir-fikirkanlaahhhhhh.....

No comments:

Post a Comment