2 February 2012

PuNcA UtAmA mEnGaPa WaNiTa MeNaNgiS..

Sepanjang kehidupan seseorang pasti pernah melihat WANITA MENANGIS. Mengapa mereka menangis??
apakah punca yang membuatkan mereka menangis?? mengapa wanita lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki??pasti persoalan ini pernah berlegar-legar difikiran anda
terutamanya LELAKI.Tidak kira samaada mereka itu adalah ibu, kakak, isteri,kekasih Atau sebagainya, punca mereka menangis kebanyakannya sama..antara nya ialah...

HORMON
seperti yang anda sendiri ketahui, hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan.Tekanan yang sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan.Elakkan daripada menberi sebarang tekanan kerana mereka akan jadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah yang kecil akan menjadi semakin besar...

MANIPULASI
adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin bahwa lelaki lemah terhadap air mata wanita.Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetengah  wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu>mereka juga yakin bahawa seseorang lelaki sangup melakukan apa sahaja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memag sukar untuk dinafikan,terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar

LUAHAN EMOSI IKHLAS
tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja.lebih ramai wanita menagis kerana luahan emosi yang ikhlas. seperti yang anda sendri ketahui, pemikiran seorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. mereka secara automatik akan  mengekpresikan sesuatu tidakan itu mengikut emosi yang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba  mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri.Ini adalah perbezaan ketara

KEMARAHAN
tidak sama seperti lelaki,wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan.IA merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka,dan mejoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan,mereka akan berasa lebih tenang selepas itu..ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan wanita

MEMORI
wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang paling complex di atas muka bumi ini.mugkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis.menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati  setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki.kebolehan memori mereka untuk mengingati kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan merekasering untuk muhasabah diri sendiri

TANGISAN MEMANG AGAK ASING BAGI LELAKI.TETAPI KESIMPULAN YANG MUDAH UNTUK DIBUAT ADALAHAPABILA WANITA MENANGIS, MEREKA SEBENARNYA MEMELUKAN ANDA.LAKUKAN TANGGUNGJAWAB ANDA UNTUK MENENANGKAN MEREKA

No comments:

Post a Comment