5 April 2012

Erti keHiduPAN

manusia x pernah lepas dari cabaran dunia yg smkin hari smkn mncabar...dan begitu jugalah dgn ujian dari yg Maha esa...walaupun hari2 kita di uji degn pelbagal rintangan kita haruslah menerima dgn hati terbuka sabar dalm apa jua situasi jgn bertindak dgn ikut kata hati yg kadang2 agak kelam kabut..guna lah akal fikiran yg telah dikurniakan dgn sbaik mungkin..buatlah sesuatu tindakan dgn bijak..supaya orng lain sentiasa menghormati kita x kira dimana kita berada...

Kehidupan ini adalah suatu liku-liku. Dalam liku-liku inilah kita mengutip pengalaman. Pengalaman itu jika dikongsi bersama akan menjadi panduan hidup yang sangat berguna...

Bila seluruh kehidupan kita dari celik mata hingga kita tidur kembali, seluruh kehidupan kita mengikut Al-Quran dan Sunnah, maka seluruh kehidupan kita akan dikira ibadah maka berbahagialah dan berjayalah orang itu di dunia dan di akhirat.

Hidup yang tidak mempunyai matlamat dan pegangan ibarat satu perjalanan manusia yang setakat kita faham dan tahu tetapi tidak pernah melaluinya. Kita tidak merasai susah dan senang dalam kehidupan, ibaratnya tiada nikmat kemanisan diperolehi.....

Jika matlamat dan pegangan jika itu dapat dikecapi apa yang kita mahukan dalam kehidupan maka hadirnya kita didunia ini mempunyai maksud dan tujuan untuk membuat sesuatu dan menginginkan manfaat dari apa yang kita buat iaitu syurga yang kekal abadi....

Mudah-mudahan Allah menerima segala apa yang kita lakukan sebagai satu amal ibadat dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim dulu kini dan selamanya.
Amin Ya Rabbal Alamin. Kita amalkan dan sebarkan kepada orang lain supaya kita semua mendapat manfaatnya, insyaallah....

Moga yang dicari yang sebenar adalah hidup erti kehidupan!
 Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu

1 comment: