29 April 2012

Dalam SEnYuM AdA TanGiS


Assalamualaikum.... Hai semua... =)
Hmm, rasanya dah lama kan sha tak berbicara santai kat blog nih...hehe lama la sgt kan haha.....dah lama tak membebel + mengarut = entah apa2 kat blog nih. Memang sha ada je post entry2 tbaru...tapi kebanyakannya sekadar entry2 yg  berbentuk umum & sekadar tuk santapan jiwa. Sebenarnya dalam 2 3 bulan ini hidup sha penuh dengan dugaan & cabaran yg begitu menguji kesabaran & kekuatan hati sha. Sukar utk sha ceritakan kat sini apa yg sha lalui sekarang nih. Yang nyata, senyuman yang dulunya sentiasa mekar dibibir ini telah lama hilang entah ke mana..kegembiraan yang pernah sha kecapi dulu seketika cuma...yg tinggal hanyalah sisa2 kenangan lalu utk dikenang kembali...Bila hati sha tidak gembira, bila sha dlm kesedihan & banyak masalah utk difikirkan...sha lebih suka berdiam diri, bermuhasabah diri, kluar dgn kawan2 & mencari ruang utk diri sendiri.

Kdg2 sha masih mampu mengukirkan senyuman walaupun sebenarnya di dalam hati tercalit seribu satu masalah & kesedihan. Pelbagai perkara yang bermain di benak pemikiran, namun hari-hari yang berlalu masih di lalui seperti insan-insan yang lain.
Masih mampu mempamerkan riak muka yang tenang, tersenyum & ketawa apabila berhadapan dengan orang lain. Keriangan, kecerian dan kegembiran yang terukir di wajah hanya pada zahirnya. Batin menangis hanya diri sahaja yang tahu. Sha sedar, sha lemah. Namun segala kelemahan hanyalah disandarkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Kerana sha yakin dengan bantuanNya..
Sha percaya, dugaan, kesedihan & masalah itu sebenarnya adalah jalan hidup kita. Tanpa itu semua, hidup kita ibarat tiada bunyi. Tiada suara. Tiada rasa. Tiada segala apa yang berlaku hari ini jika segalanya telah diciptakan dengan sempurna. 
Kita menangis bila sakit..keperitan yang membuatkan kita sakit.. dan dengan setiap keperitan yang kita lalui itu..dalam sedar mahupun tidak...kita diberi pengajaran yang bermakna dalam mengenal erti sebuah kehidupan...

kat bawah ni ade kata2 yang sha suka...sha copy dari seseorng..kata2 dia penuh dgn mksud yg begitu mndalam.........

" hari-hari yang aku lalui kian tidak keruan...
aku semakin resah....gundah...
aku bagai hilang arah...mana arah aku?? aku sendiri tidak tahu..
hari-hari yang aku lalui terasa lambat berlalu...
perasaan aku bercelaru...fikiran aku kusut..
dan hati aku semakin tidak menentu..
apa yang sedang aku fikirkan?? 
terlalu banyak yang bermain difikiran..
aku cuba buang jauh-jauh setiap benda yang aku sedang fikirkan..
namun..setiap kali aku cuba..setiap kali itulah hati aku memberontak...
perasaan aku bercampur baur..aku dilanda kebingungan...

Siapa sudi mendengar rintihan ini?
Siapa sudi mendengar luahan hati ini?
Siapa yang sudi bersamaku dalam penderitaan ini?

menangis?? puas sudah aku menangis...
namun tidak daya aku menyapu air mata ini...
setiap manik-manik jernih yang keluar ini, mengalir membasahi pipi..
dan hanya akan kering sendiri...

benar kata orang..
' kita tidak perlukan sebab untuk keluarkan air mata..
menangislah..sekiranya air mata dapat menenangkan hati kita..' 
walau tangisan tidak dapat mengungkap seribu perkataan. 
Namun, dengan tangisan dapat menenteramkan seribu perasaan..

dalam suram yang gelita...
aku mencari yang tak tercari..
aku melangkah yang tak terlangkah...
aku melihat yang tak terlihat...
aku membisu seribu bahasa....
hanya yang aku bisik dalam hati...
aku pasrah akan segalanya...

dalam semua keadaan ini aku redha Ya Allah..
kerana aku tahu..semua nya pasti ada hikmah..
aku sebagai hamba Mu yang lemah 
hanya berserah pada takdir yang telah tertulis untuk ku....
andainya telah di tulis aku sebegini..
apa lagi yang dapat aku soal kan..
aku tidak mungkin bisa melawan takdir Mu Ya Allah...
aku sebagai manusia..sebagai khalifah di bumi ini hanya mampu berusaha...
dan sedaya untuk membimbing diri agar terus berada dijalan Mu..."


Tangisan dalam senyumku..
Itulah penguat bagi diriku…
Walaupun ku tahu…
Pada hakikatnya
Wajahku ini memancarkan riak wajah yang sendu.
Namun, tetap ku cuba untuk mengukir senyuman selalu…

Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda, biar seganas mana MASALAH menghempas, tanamkanlah sauh KETETAPAN HATI agar kapal tak berganjak haluan..
Biarlah badai dan ombak itu pergi begitu sahaja tanpa mencalarkan walau sedikit pun badan si kapal yg telah tetap haluannya..

No comments:

Post a Comment