Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan rosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu..kerana sesungguhya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri..Amt muda untuk ita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita.Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun.Fikirlah..perasaannya sama seperti perasaan kita...ingin mencintai walaupun tidak dicintai.Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan....
CINTA adalah ibarat air.Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air d lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita,jika ia ibarat air kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita,jika ia ibart air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghayutkan kita ke muara,jika kita ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah,jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalm diam akan menympan berjuta keladak di dasarnya.Maka jenis air manakah yang kita inginkan..Carilah mata air yang suci lagi murni..walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpah perigi dan menghilngkan kehausan kita dengan sekli teguk sahaja...biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah tetlmbat untuk menjadi cinta terakhirnya...........
No comments:
Post a Comment