8 February 2012

MeNjAgA pErIHaL sI cOmEl (^_^)

hye !! semua... lama tak up-date blog ni.. rndu la pulak..hehe ..sha ade benda nak kongsi dengan korang smua...ermm sebelum tu sha nak tanya.. korang suka kucing tak?????? ^^ huhu..sha korang jangan tanya la...kucing dengan sha memang tak dapat dipisahkan..sha memang suka kucing ..suka sangat-sangat..
 ahak! sha tanak membebel panjang2 nanti korang boring... :)  jom kita baca info kat bawah ni..

Ramai mengakui kucing adalah binatang peliharaan yang popular pada masa kini. Kucing jenis Parsi dan Siam adalah antara spesies kucing yang banyak menjadi pilihan pengemar kucing. Sejak 8000 tahun lagi kucing sudah menjadi binatang jinak yang dipelihara oleh manusia. Anda perlu tahu untuk memelihara binatang  seperti kucing memerlukan kos yang agak tinggi.  Ini termasuklah  pembelanjaan seperti  penjagaan kesihatan dan pemakanan.

Bagi anda yang menyimpan niat untuk memelihara binatang ini anda perlu memikirkan kos yang perlu anda keluarkan untuk perbelanjaan makanan dan khidmat doktor haiwan jika kucing anda mengalami masalah kesihatan.  Selain itu, bekas makanan, bekas air atau bekas bahan buangan perlu anda sediakan untuk kemudahan yang lebih selesa kepada kucing anda. Ada juga di antara pengemar kucing menyediakan barang  seperti tempat pencakar, mainan kucing atau sangkar (tempat tidur). Bagi yang bimbang akan kehilangan kucing, anda bolehlah memasang ID pada leher kucing anda bagi memudahkan anda untuk mengenalpasti kucing anda jika berlaku kehilangan.

Pemakanan yang harus diberi kepada kucing adalah bergantung kepada umur binatang comel itu. Kucing yang dewasa memerlukan dua hidangan kecil atau satu hidangan besar dalam sehari. Anak kucing pula berbeza daripada kucing dewasa. Mereka memerlukan beberapa hidangan sehari sehingga mereka mencapai umur 12 minggu. Kucing yang berumur antara tiga dan enam bulan perlu diberi makan tiga kali sehari. Makanan di dalam tin pula boleh diberi kepada kucing tetapi makanan yang ditinggalkan lebih daripada 30 minit perlulah dibuang. Jika ini berlaku sudah tentu pembaziran akan berlaku ini kerana makanan tin agak mahal untuk dibeli.Walaupun kucing amat menyukai makanan dalam tin tetapi ia juga tidak memberi kebaikan kepada kesihatan gigi kucing anda berbanding makanan kering.

Sebagai langkah alternatif, anda boleh memberikan makanan kering kepada kucing anda pada setiap waktu. Caranya lebih mudah dengan memberikan kucing anda makanan kering tetapi anda perlulah memastikan kucing anda mendapat bekalan air yang mencukupi. Makanan kering berkos rendah berbanding makanan di dalam tin. Ia juga mengelakkan pembentukan tar pada gigi kucing. Harus diingatkan apabila anda membuat keputusan untuk membeli makanan kering anda perlulah melihat dari segi kesihatan dan manfaatnya. Sebaiknya jauhkan dari membeli makanan generik kepada kucing anda. Walaupun makanan generik adalah murah tetapi ia tidak memberikan nutrien yang diperlukan oleh kucing anda.

Jika anda mempunyai anak kucing, anda seharusnya memberikan makanan yang dicipta sesuai untuk mereka. Di samping itu, anda perlulah rajin membersih dan sentiasa mengisi air ke dalam bekas makanan anak kucing. Kucing dewasa dan anak kucing amat mengemari susu lembu tetapi  anda tidak digalakkan untuk memberi mereka susu lembu. Ini kerana ia akan  menyebabkan kucing anda mendapat cirit birit. Pemberian susu seketika adalah baik tetapi jika yang terlalu banyak akan membuat kucing menjadi gemuk. Kadang kala anda boleh memberi makan anak kucing anda makanan yang dimakan oleh anda dan sebaiknya campurkanya dengan makanan kucing.

Untuk memastikan kucing anda sentiasa bersih dan cantik anda tidak perlu kerap memandikan mereka. Memberus mereka sekurang-kurangnya sekali sehari adalah amat digalakkan. Memberus akan mengurangkan risiko bulu gugur dan akan membuatkan badan kucing anda kelihatan bersih dan cantik. Jika anda sering melepaskan kucing anda di luar rumah pastikan anda menyediakan bekas buangan kucing berhampiran dengan kucing anda berada. Ini kerana ia memudahkan kucing anda untuk membuang najis ke dalam bekas yang telah anda sediakan itu. Bekas itu hendaklah sentiasa dicuci sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi menjamin kebersihan. Kucing adalah binatang yang tidak suka kepada bekas yang kotor dan mereka lebih menyukai bekas yang cantik dan bersih.

Walaupun membela kucing agak meletihkan, tetapi kucing adalah binatang peliharaan yang baik untuk dijadikan teman bertahun-tahun. Selagi anda menjaga dan sentiasa membuat pemeriksaan, kucing anda akan sentiasa sihat. Walaupun kucing anda jatuh sakit anda sudah semestinya tahu bagaimana untuk menjaga dan merawat mereka sehinggalah  kucing anda sihat bermain dan berlari.

No comments:

Post a Comment