25 February 2012

mEnGaPa WaNiTa MemErLuKaN LeLaKi????

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan,cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki dalm hidupnya??? untuk beberapa waktu, ia begitu memukul2 kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lalaki??? Bukankah lebih hebat jalan dihujung mnggu bersama kawan rapat, berkenyit-keyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya.Jika kita mahukan ia air, ia datang seperti api.

Wanita, kita dicipta dengan kemulian syahadah. Kerana benih lelaki, kita ini tersenyawa, dikurniakan tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak isteri.

kerana benih seorang lelaki,kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai,sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang maha kuasa dan maha pencipta, kita Wanita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kii lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenapi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki,bukan dekat kepla untuk dijunjungi bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untk dihenyati,bukan dekat lutut untuk ditindih,bukan dekat kaki untuk ditunggangi.tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai

Andai lelaki itu burng yng terbang,kita adlah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi,maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersam-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung. sehingga kita tua rapuh dan mati...

TEtapi kita bahagia dalam dakapanya, semoga kita semua ditemukan dengan jodoh yang baik.. INSYAALLAH..........


No comments:

Post a Comment