10 February 2012

GeMeRsIk KaLbU...

alahaiiii !! borink nya..ermm apa nk buat ekk???? blur + borink = biul dah kepala ni...golek2 je atas katil x tahu nk buat ape...huhuhuhu jeng jeng jeng idea dh muncul.....hahahaha memandngkan tengh free ni bolh la sha nak share stu lagi novel yang memang gempak.....!urmm  ...
sapa tengok cite ni kat tv3..?? msti dia thu apa tajuk novel tu kan.????.huhu best  cite dia....sweet sangat2...jeles sha ! haha..sebenarnya cite  ''GEMERSIK KALBU" diadaptasi dari novel yang ditulis oleh Anis Ayuni...memang terbaik laaaa......lepas baca atau tgk cite ni kat tv memag lentok habis laaa...  ^_^ kat bawah ni ade sedikit rngkasan dari cite tu..yang sha nak share gan korng..... @_@ yang pertama :

Ringkasan dari  novel Anis Ayuni:

Raihana....pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka????Andai kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja.

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali2 kuulang, aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya....bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajar menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan ! sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas !

Sufian......cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah.......semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela...

Bukankah sudah berkali-kali kubilang, berlajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju !..

Akhirnya, Rihana begini dan Sufian begitu
Di manakah titik pertemuan mereka?????

jom tengok kat bawah ni lagi..sha ade sikit la sinopsis dan jalan cerita Gemersik kalbu :

kisah cikgu raihana....yang bertunang dengan wan Ariffin..wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapatdengannya, dia bergantung kasih dengan Wan ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka..Raihana tidak rapt dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok

Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya kak shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian

Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapt melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Ariffin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak berpindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapt berkahwin denganya....

Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga...sepanjang menjadi isteri Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.

Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba meraptkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya......
Sufian sedar Raihana masih teringatkan cinta pertamanya, mampukah sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya???? Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana ....
THE END.

...fuhh !!.. penat dah menaip...huhuhu.....ok lah ini aje yang dapt sha kongsi kan ....mybe ramai yang dh tgk cite ni.kt tv3 or mybe dah habis baca novel tu.... mesti korang  tahu apa kesudahannya kan..so x yah la sha cite panjng2 hahahaha (^,^)


No comments:

Post a Comment