9 February 2012

7 HaRi MeNcInTaIkU........

ok, entry ni sha akan update lagi pasal novel Siti Rosmizah ....sha pun tak pasti samaada novel ni keluaran terbaru or dh lama......ahak ! cerita dalam novel ini memang romantik gila..serius u all's...hahaha....feeling habis...huhuhu ini la..novel seterusnya yang  selamt dikhatamkan dalam masa 3 hari....haha! memang tebal giler novel ni..sampai 1000++++ muka surat. ..sha bace novel ni sebab member2 ckap best so apa lagi.....layan aje lahh.. ^^  jom sha nak cite sikit tentang novel ni......

kisahnya ialah melibatkan seorang gadis bandar bernama Mia Adriana, merupakan seorang yang ego serta moden yang berkahwin dengan seorang jejaka kampung bernama Khuzairi yang paling dibencinya. Khuzairi ni suka membela kambing, jadi mia ni selalu panggil Khuzairi kambing..padahl hakikatnya, tanpa pengetahuan mia,  Khuzairi ni seorang doktor yang memiliki klinik sendiri. Khuzairi sememangnya mencintai Mia dalam  diam sejak di sekolah lagi dimana ketika itu Mia merupakan anak seorang terhormat di kampungnya.. kalau x silap lokasinya di temerloh..tapi  berpisah bila keluarga Mia pindah ke bandar gara2 penceraian ayah & ibu mia. perjumpaan semula antara mia & Khuzairi terjadi bila Khuzairi & ayahnya ke bandar untuk ke pejabat peguam dimana Mia merupakan peguam di situ.. dan perkahwinan antara mia Khuzairi terjadi pula apabila Khalil Yang sepatutnya bernikah dengan Mia x hadir & demi menutup malu, ayah Mia memohon agar Khuzairi mengantikan pengantin lelaki tu. sampailah part Mia terpaksa duduk di kampung bila ayah Mia meninggal & keluarganya jatuh muflis gara2 X-tunang Mia punya pasal..dan macam2 kejadian yang terjadi . rasa Mia ni cam jahat pun ade lucu sangat2 pun ada..Mia ni pon x boleh ngam dengan mak mertua dia hari2 gaduh, tapi dengan pak mertua dia rapt giler...dan yang bestnya saat cinta mia pada Khuzairi mula bersemi..tapi  geram sgt, lepas ajer Mia bersalinkan anaknya Mia terus tinggalkan anak & suaminya Khuzairi...dan novel ni pon mengundangkan air mata esspecially part Buntat seorang kanak2 lembab yang sangt dibenci Mia menyelamatkan Mia daripada khalil sehingga mengakibatkan kematiannya. memag sedih part ni..dan  selepas peristiwa tu Mia mula berubah & tidak lagi hina orang kampung & suaminya Khuzairi. Dalam masa 7 hari sebelum Khuzairi bernikah dengan syakila gedik tu.. dalam masa  7 HARI tu la Mia memohon Khuzairi untuk mencintainya..sebab tu la tajuknya "7 HARI MENCINTAIKU " . tapi part masa Khuzairi nak nikah dengan syakila gedik tu pun sedih gilerr dan.................... HAPPY ENDING  :)

SHA SELITKAN SEDIKIT SINOPSISNYE UNTUK KORANG..
"kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. kau memang saja nak cari  pasal dengan aku kan?? HEI khuzairi kau dengar sini. kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! sedar-sedarlah diri kau tu. kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. buat tak reti bahasalah pulak. aku harap lepas ni kau akan ingat kata2 aku ni sampai mati ! so.. apa kata kau berambus sekarang ! kau pergi balik jaga kambing2 kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama  jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah KHuzairi hanya mampu bersabar.

         
Amanah???amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia 
sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?? Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. nanti, berdoalah , di kala keinsafan menjelma nati, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya........~~
THE END~~.

No comments:

Post a Comment