11 February 2012

30 PeRwATakAn WaNiTa

hari ni sha just nak kongsi mengenai 30 perwatakan wanita....ketika dilamun "CINTA". Juga panduan kepada jejaka macho untuk mengenali isi hati wanita dengan lebih mendalam Benar atau tidak, entah mungkin ini hasil kajian dan pengalman wanita itu sendiri.. mari layan ~~~~  ^^ 

30 PERWATAKAN WANITA

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang ( sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan)

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat !!

6. Wanita memang sukankan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu memang tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. MUzik, PUisi, Lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna
.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam dia memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat sebaik saja ganggang diletakkan , dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai aepuluh mint, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. jangan senyum sebarangan..

14. Jika kamu menyukai seorang wanita cubalah memulakan dengan persahabatan. kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri !!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenpalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awl...

19. Kalau kamu tercari-cari yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku2 cinta...

20.Bila setiap kali gambar kelas keluar , benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri sebelah buah hatinya. kemudian barulah dirinya sendiri...

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya !!

22. satu ucapan "HI" sahaja sudah menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata2 nak tackle kawan baik mereka yang paling cantik...

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat , jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata !!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan suprise buatnya (hadia, bunga atau sekadar ucapan romantis). mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan setulus hati.  Dengan ini dia tidak akan ragu2 terhadapmu...

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambik berat tentang mereka dan baik terhadapnya. so kalu nak memikat wanita pandai-pandailah..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan 
disayangi sepenuh jiwa...

KADANG2 DALAM HATI DAN FIKIRAN WANITA BOLEH MENJADI SEORNAG YANG BAIK DAN JAHT. TETAPI YANG BAGUSNYA KITA MEMANG DICIPTA BERBEZA, TAK KIRA DARI SEGI RUPA, PERWATAKAN, GAYA HIDUP, PEMIKIRAN & SEBAGAINYA, DENGAN INI  KITA TIDAKLAH BERASA BOSAN BILA BERKAWAN. JADI...BANYAK LAH BERKAWAN. MAKIN RAMAI KAWAN KITA MAKIN MEMAHAMI PASANGAN KITA ....HUHUHU



No comments:

Post a Comment